Pages

Friday 15 July 2011

Makaroni goreng sambal udang kering

Kadang-kadang kalau nak cepat goreng mee akak guna je perencah segera macam sambal udang kering bercili ni . Rasa sambal instant ni memang sedap cukup pedas dan yang paling penting kerja memasak jadi amat mudah dan cepat siap . Ikut pada kita la nak tambah bahan-bahan rencah lain macam ayam , udang , sotong atau daging . Kalau nak rasa masin manis boleh la ditambah kicap manis serta sos tiram tapi kali ni akak hanya guna perencah sambal cili ni untuk dapatkan rasa asli udang kering bercili .

Makaroni goreng ditabur keju parmesan..

BAHAN-BAHAN :

1 peket macaroni
1 peket ayam kisar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sambal udang cili secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dimayang halus kemudian rebus macaroni sampai empuk dan ditos.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang , kacau dan biar bawang layu sehingga terbit bau wangi . Masukkan ayam kisar dan kacau semua bahan serta hancur-hancur ayam kisar . Bila ayam dah masak boleh la dimasukkan semua macaroni serta sambal udang cili dan kacau mesra semua bahan . Masukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga makaroni masak boleh la ditutup api.

Ni la sambal udang bercili yang sangat sesuai diguna sebagai bahan perencah untuk goreng nasi , mee , bihun atau pasta . 

No comments:

Post a Comment