Pages

Wednesday 24 August 2011

Menu sotong belaka laa - juadah Ramadhan ke 23..

Dah lama juga saya tak masak sotong tumis kicap ni menu ringkas yang memang favorite anak-anak dan hubby . So semalam tertunai la hajat anak-anak nak makan nasi berlaukkan sotong masak kicap dan Mama pun seronok tengok anak-anak tersayang berselera makan nasi masa berbuka . Sayur bayam pun saya masak tumis dengan sotong juga so semalam memang kami makan sotong je hehehe dengan sambal ikan dan sedikit kuih-muih , alhamdulillah syukur untuk rezeki kami semalam..



BAHAN-BAHAN:
500 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 sudu besar kicap manis - boleh tambah secukup rasa ya
3 sudu besar sos tiram - secukup rasa ya
1/2 sudu kecil asam jawa

CARA MEMASAKNYA :


Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta merah sehingga layu . Kemudian masukkan sotong, sos tiram , kicap dan asam jawa . Kacau sehingga masak , jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong akan mengecut , kenyal dan kuah akan menjadi terlalu banyak . Selalunya saya masak sotong ini dalam tempoh 10-15 minit sahaja . Jika kurang masin boleh tambah garam atau kicap ikut pada selera masin-masing . Ok selamat mencuba.


BAYAM TUMIS AIR DENGAN SOTONG

BAHAN-BAHAN:

2 ikat sayur bayam
100gm cendawan tiram
 4 ekor sotong - potong kecil
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya untuk kuah 
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan  bersihkan sotong serta potong kecil-kecil kemudian mayang semua bawang nipis-nipis .

2. Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying serta tumis semua bawang biar sampai bawang layu dan masukkan semua sotong kemudian kacau . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih . 

3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

3 comments:

  1. sedapnyeee sotong masak kicap nih..kalau cb ..kite suke letak halia n lada hitam sikit..kasi pedas sikit

    ReplyDelete
  2. salam kenal nannie..

    tq sudi follow my blog..
    sedap2 belaka masakan u ni.. bolehlah t try satu hari nanti..

    selamat hari raya

    best layan lagu raya u ni..

    ReplyDelete
  3. to chikadakbiru ,

    mmg sedap sotong masak kicap ye la blh tambah halia n lada hitam tapi anak2 saya x suka rasa halia n lada hitam pula jadi pedas kan sebab tu sya tambah asam jawa utk bagi balance rasa n buang hanyir sotong tu

    to ruziawati ,
    wlkslm n slm kenal , ok sama2 alhamdulillah sedap , selamat hari raya ya

    hehehe lagu raya lama2 best

    ReplyDelete