Pages

Thursday 25 August 2011

Nasi minyak ~ juadah berbuka Ramadhan 25

 syukran jazillah..

Semalam untuk berbuka saya masak nasi minyak dengan lauk ayam kuzi , kari daging dan acar mentah . First time saya masak ayam kuzi guna rempah yang saya beli dari Pasar Payang , Kuala Terengganu dan rasanya cukup sedap . 
  
Nasi minyak dengan lauk-pauk - ayam kuzi , kari daging dan acar mentah..


NASI MINYAK

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
Sedikit kismis kuning
7 sudu besar minyak sapi untuk menumis

BAHAN TUMISAN :

3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras dan rendam beras selama sejam .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan 

Kemudian masukkan semua air , susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila dah masak boleh la ditaburkan sedikit saja pewarna kuning serta kismis dan gaul perlahan-lahan supaya sekata warna kuning dan kismis ini bersama nasi minyak . Boleh la ditutup suis periuk nasi ini.


KARI DAGING
BAHAN-BAHAN :

500 grm daging batang pinang
6 biji ubi kentang - potong atau 4
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari daging
2 sudu cili kisar
3 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 3 cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
Garam secukup rasa

Tak perlu guna cili kisar kalau tak mau kari jadi pedas.

CARA MEMASAK :

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus-halus.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halia , kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sampai bawang layu . Kemudian bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk . Masukkan juga cili giling dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan daging , biarkan kuah mendidih baru la dimasukkan ubi kentang dan garam . Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api dapur. Dah pun masak , mudah saja....


ACAR MENTAH


BAHAN-BAHAN :

Sebiji timun-dipotong
Separuh buah nenas - dipotong-potong
Sebiji bawang besar-dimayang nipis-nipis
1-2 biji cili merah - dipotong kecil-kecil
Garam , gula dan cuka secukupnya

CARA MEMASAK :

Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra .

2 comments:

  1. menggoda betul nasik minyak puan nannie.yum2

    ReplyDelete
  2. to hijaudaun,
    ye ke alhamdulillah syukur mmg sedap utk kami sekeluarga nikmati.

    ReplyDelete