Pages

Wednesday 10 August 2011

Pengat labu dan keledek

Pengat keledek putih dengan labu ni akak masak untuk berbuka semalam hari ke 9 Ramadhan . Akak masak  cepat dan simpan dulu pengat dalam peti sejuk dan bila nak dekat berbuka baru bawa keluar , family akak memang suka makan pengat yang sejuk dan anak-anak akak cakap pengat sejuk ni rasanya macam ais krim . Ada macam-macam jenis pengat macam pengat pisang , keladi dan macam yang akak masak ni pengat labu campur keledek . Dessert yang agak mudah nak dimasak yang penting bahan-bahan mesti cukup macam santan , gula melaka , gula pasir , daun pandan dan secubit dua garam untuk membangkitkan rasa lemak manis pengat ni . 

Pengat keledek campur keladi dan sago memang sedap ni..

BAHAN-BAHAN :
Ubi keledek secukupnya
Labu secukupnya
Gula kabong secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
Sedikit sago biji
Secubit dua garam
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Bersih ubi keledek serta labu dan potong menjadi ketulan kecil kemudian simpulkan daun pandan.

Masukkan santan dalam periuk bersama gula pasir , gula kabung , daun pandan , secubit garam , keledek serta labu . Bila kuah dah mendidih masukkan biji sago dan sekali sekala kacau kuah supaya sago tidak melekat pada pemukaan periuk tadi .

Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi . Kacau pengat dan bila ubi/labu dah empuk serta masak boleh la ditutup api dapur .

No comments:

Post a Comment