Pages

Monday 22 August 2011

Rendang minang ayam kampung

Rendang minang ni bahan-bahannya lebih kurang sama macam nak masak gulai cili api cuma ada tambahan daun kunyit dan kerisik serta dibiar masak sampai kuah agak kering . Saya belajar masak rendang ni dari mak mertua dan alhamdulillah sedap rendang ni dan cik abang laling pun puas hati makan menu kegemaran dia ni hehehe . Selain sedap dimakan dengan nasi , lemang , ketupat daun palas , ketupat nasi dan kalau dimakan dengan lempeng dan roti pun sodap tapi paling best dapat ratah je hmmm lagi laa sodap .


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung
3 biji kelapa - ambil 2 cawan santan yang pekat dan 4 cawan santan cair.
6 batang serai- dititik
2 helai daun kunyit - diracik
3 sudu besar kerisi
1-2 keping asam keping
BAHAN DITUMBUK LUMAT:
15 biji cili api
2 inci kunyit hidup

Kalau ayam masih liat boleh la ditambah sedikit santan cair lagi .
CARA-CARA MEMASAK :
1) Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam periuk atau kuali . Kemudian masukkan bahan tumbuk , serai daun kunyit , asam keping dan santan cair secukupnya sehingga menutupi ayam dalam kuali . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam masak serta lembut . Jika ayam amsih liat tambah lagi santan cair dan terus masak sehingga daging ayam lembut .
2) Seterusnya masukkan santan pekat , garam , kerisik dan terus kacau . Biar kuah mendidih dan ayam masak menjadi lembut serta kuah jadi sikit . Boleh la ditutup api dapur dan dihidang .

6 comments:

  1. ayam kg ayu x pernah try makan sbb dok rasa liat ngeee

    ReplyDelete
  2. uish..tengahari2 ni tengok gambo ayam minang ni memang meruntun jiwa heheheh.

    ReplyDelete
  3. to lady ayu,
    ayam yg ayu makan tu tak dimasak cukup lama so isinya masih liat hehehe

    ReplyDelete
  4. to limaopurut,
    ye ke sabar2 ya

    ReplyDelete
  5. salam kenal, blog akak ni takde butang follower ke?

    tak jumpa pun :(

    ReplyDelete
  6. to mamanoriz,
    wlkslm , ada butang follow kt atas sekali tu hehehe

    ReplyDelete