Pages

Thursday 4 August 2011

Sambal tumis telur

Sambal telur , menu simple untuk berbuka puasa semalam .


BAHAN-BAHAN :

8 biji telur - direbus
1/2 sudu kecil asam jawa segera
Gula dan garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menumis bahan kisar

* Selalunya akak guna 2 sudu besar gula sebab nak bagi balance rasa pedas , manis dan masam . Bila menumis sambal akak memang guna minyak yang banyak supaya sambal masak elok serta pecah minyak dan sambal tak jadi kering dan hangit .

BAHAN DIKISAR LUMAT :

12 biji cili kering - boleh tambah sikit lagi kalau suka pedas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm belacan- yang dibakar dulu 

CARA-CARA MEMASAK :

1) Semua telur direbus sampai masak kemudian dikopeh kulit dan dikelar-kelar sekeliling telur ni . Panaskan minyak secukupnya dan goreng telur sehingga kekuningan kemudian angkat telur dan tos .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan kisar tadi sampai terbit bau wangi dan cili menjadi masak dan terbit minyak.

2) Kemudian masukkan gula, asam jawa, garam dan dikacau rata semua bahan . Masukkan semua telur dalam sambal tadi dan terus kacau semua bahan secara perlahan-lahan supaya sambal meliputi seluruh pemukaan telur , jika kurang masin tambah la garam lagi , tak perlu masak telur ni terlalu lama . Bila semua bahan dah cukup mesra boleh la ditutup api dapur.

Sedapnya makan sambal telur ni yum yum


Telur ni dikelar dan digoreng dulu supaya bahagian luar telur menjadi agak garing dan supaya sambal mudah meresap ke bahagian luar dan dalam telur ni.


No comments:

Post a Comment