Pages

Saturday 20 August 2011

Selera Adlina & Aisyah ~ Coney dog

Special request dari Adlina dan Aisyah yang teringin nak makan coney dog masa berbuka so semalam  saya masak coney dog yang ringkas dan mudah nak dimasak serta ikut selera kami sendiri . Saya buat sos bolognese dan saya guna sosej keju Ayamas yang memang sedap tu dan saya tambah juga sos thousand island yang diletak diatas kuah blolognese serta ditabur sedikit bawang cincang . Sepatutnya kalau ikut resepi asal coney dog sosej yang diguna direbus bersama bay leaf dan bawang besar tapi saya lebih suka masak sosej seperti biasa  . Komen dari Adlina 'coney dog yang mama masak ni lagi sedap la dari di A&W tu' hehehe kembang je Mama dengar thank you sayang..

Coney dog cara saya..

BAHAN-BAHAN :

Sosej
Roti
Sos bolognese 
Sos thousand island secukupnya
Butter 
Mayonis
Butter

SOS BOLOGNESE

BAHAN-BAHAN :

1 peket daging daging cincang
1 biji bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin tomato soup
3 sudu besar tomato puree
1 ketul kiub stok daging
3 helai daun bay kering - dikoyak
1/2 sudu kecil herba thyme - kering
1/2 sudu kecil herba oregano kering
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar mentega untuk menumis


CARA MASAK SOS BOLOGNESE :


1.Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing , cukup sekadar bawang layu.


2. Masukkan daging cincang . Kacau dan pisah-pisahkan daging ni biar semua hancur dan goreng hingga daging masak kemudian masukkan tomato sup , tomato puree , gula dan garam secukup rasa serta terus kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra. Masukkan bay leaf , herba oregano , herba thyme serta kiub daging .


3.Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit boleh la dimasukkan garam dan gula secukup rasa , kacau sekali - sekala , bila kuah dah mesra dan pekat boleh la ditutup api dapur . Kuah bolognese mesti la ada rasa seimbang masam dan manis .



CARA NAK MASAK CONEY DOG :

1. Panaskan frying pan dan masukkan butter secukupnya kelar-kelar sosej dan masukkan ke dalam frying pan tadi  . Balik-balikkan sosej dan biar sampai masak kemudian diangkat dan ketepikan . 

2.Potong bahagian tengah roti tapi jangan bagi putus kemidian sapu butter ke bahagian pemukaan roti ni dan tangkupkan roti di atas pemukaan frying pan tadi guna kan api dapur yang sederhana dan biarkan sampai pemukaan roti ni menjadi garing kemudian boleh la diangkat .

3. Sapu roti tadi dengan mayonis dan letakkan sosej kemudian tuangkan sos bolognese secukupnya menutupi sosej . Taburkan bawang besar yang dicincang tadi dan juga letak thousand island secukupnya diatas sos bolognese , boleh juga di letak American mustard .

Alhamdulillah sedap coney dog ni..

No comments:

Post a Comment