Pages

Tuesday 2 August 2011

SUP DAGING

Kalau ikut tradisi kampung suami akak di Kuala Kelawang , Jelebu selalunya 2-3 hari sebelum Ramadhan akan di ada kan upacara MEMANTAI atau menyembelih binatang macam lembu atau kambing . Adat Minangkabau ni masih di adakan di kampung suami akak untuk memeriahkan serta menyambut kedatangan bulan Ramadhan . Kali ni kami sekeluarga tak dapat balik kampung suami untuk Memantai so suami akak dah siap beli daging tempatan segar untuk akak masak sup daging untuk dimakan masa berbuka puasa semalam .

Berselera suami akak makan sup daging ni maklum la daging batang pinang lembu tempatan yang segar so daging ni memang sedap dan terasa manis serta lembut senang nak dimakan . Syukur alhamdulliah dengan rezeki berbuka kami semalam .

Ada macam-macam resepi nak masak sup daging ni sebenarnya , akak bagi resepi yang akak sering masak serta menjadi kegemaran suami serta kami sekeluarga .

BAHAN-BAHAN:

1 kilo daging lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
1 pokok daun sup n daun bawang
3 batang celery
Garam secukup rasa
Air mencukupi sehingga menutupi daging dalam periuk

*Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak daging .

BAHAN-BAHAN TUMIS :

1 batang kayu manis - anggaran 3cm panjang
3 biji bunga cengkih
1-2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 cm halia
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan putih*
1 sudu kecil lada hitam*

Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus .

CARA MEMASAK :

- Semua bawang , halia dikupas kulit dan dimayang halus . Biji Ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 .

-Panaskan sedikit minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang , halia dan kacau dan biarkan sampai bawang layu kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan daging tadi dan kacau  dan biarkan sampai kuah mendidih . 

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua ubi kentang serta batang celery yang dipotong kecil . Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

6 comments:

  1. Kalau sahur keluarga kakak pun sama juga tak makan yg pedas-pedas. So... sup adalah yg terbaik buat kami juga....:)

    ReplyDelete
  2. Terliur WuMing tengok sup daging ni...Sabar saja laa...

    ReplyDelete
  3. dah byk ika BW hari ni,byk gak ika tgk gmbr mknan,tetibe terliur wawawa :P

    ReplyDelete
  4. bestnye.. =))

    ReplyDelete
  5. sedapnya masakan akak..suka tengok halaman yang penuh dengan bunga-bungaan.kalu ada resepi2 terbaru share lagi..boleh la di cuba untuk santapan seisi keluarga..:P
    Sudilah kiranye melawat website saya..www.myhealthynote.com =)

    ReplyDelete
  6. tumpg ty xperlu bubuh sup bunjut ke?:)

    ReplyDelete