Pages

Tuesday 6 September 2011

Buah tampoi sedap manis

Dulu masa saya kecil dan membesar di Kedah buah tampoi ni memang cukup senang nak jumpa tambahan lagi kalau masuk musim berbuah pergi rumah kawan je mesti dapat makan buah tampoi . Rasa buah tampoi ni manis sedap sangat walaupun isinya sikit dan biji besar tapi saya cukup suka . Ada lagi satu spesis buah yang rupa dan bentuk sama macam buah tampoi tapi lebih besar , kulit macam sponge dan isinya agak masam kelat dan tak berapa manis , buah tu di panggil buah Sentul . 2 jenis buah ni memang dah susah nak jumpa tapi memang rezeki saya la masa balik kampung cuti raya baru-baru ni saya dapat beli buah tampoi ni di pasar Kuala Kangsar . So lepas la mengidam saya nak makan buah tampoi ni heeeee , anak-anak saya yang pada mulanya agak pelik tengok buah ni pun suka makan buah ni lepas dah rasa seulas terus Aisyah dan Adlina pakat duduk bersila join saya makan buah tampoi ni hehehe . Pengalaman baru buat anak-anak saya merasa buah kampung yang memang tak ada dijual di bandar . 

So saya pun ambil la sekeping dua foto buah tampoi ni untuk buat kenangan sebab tak tau bila lagi dapat jumpa buah tampoi ni kan...

Saya beli dalam 2 kilo buah tampoi ni tapi dah halfway makan baru teringat nak ambil gambar hehehe , selalu gambar masakan kali ni gambar buah pula ok la kan tukar sikit cerita dalam n3 kali ni...


Hmmmmmmmm sedapnya , ni la rupa dan bentuk buah tampoi biji memang besar isi ciput je tapi rasanya memang cukup sedap manis texture isinya macam buah duku langsat tapi rasa buah tampoi ni je lebih sedap dari duku langsat ikut citarasa saya la kan . Harap lain kali dapat la lagi saya merasa makan buah tampoi ni cuma sekarang ni saya masih mencari buah sentul harap-harap dapat la jumpa kan heeeeeeee...

5 comments:

  1. ehhh....dah lama tak makan buah ni..

    ReplyDelete
  2. tak penah rasa buah tampoi.. nampak mcm sedap ja

    ReplyDelete
  3. Adoiiii kakk sedapnye buah tampoi ni, kat johor susah nak dapat kak... last saya makan zaman kanak2 kak oiii...

    ReplyDelete
  4. to cheq sue,
    sama la dgn akak nasib la masak balik kampung jumpa hehe

    to syiela ,
    memang sedap buah tampoi ni syiela , rasanya seakan2 duku langsat

    to lieya,
    hmmm betul tu mmg sedap buah tampoi ni , ye ke kat sana susah nak cari rasanya buah ni banyak kat sebelah utara kan macam di negeri Perak dan Kedah , rasanye la kan

    ReplyDelete
  5. rasanya klu tgh musim buah tampoi
    ada jual kat laluan tapah - cameron highlands
    org asli di kws kat situ jual
    tp x penah beli n mkn ler.
    Nak kena cuba gak, klu rasanye sedap nie..

    ReplyDelete