Pages

Monday 5 September 2011

IKAN SIAKAP TUMIS TOMYAM

Selalunya kalau ikan siakap saya akan masak sweet sour tapi kali ni saya ubah sikit resepi dan masak ikan siakap tumis tomyam ni untuk berbuka masa di kampung pada hari terakhir kita umat islam berpuasa..

BAHAN-BAHAN :


1 ekor ikan siakap - dibersihkan
1 biji bawang besar - dipotong membulat
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai - diracik nipis atau dititik
5 helai daun limau purut - diracik nipis atau dikoyak
1-2 sudu besar cili kisar
Daun sup dan bawang secukupnya
kiub nenas secukupnya
Jus dari nenas kiub secukupnya - dalam tin
1/2 sudu kecil tepung jagung-utk pekatkan kuah
Sedikit bawang goreng


BAHAN SOS :

2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos sotong - nampla
1/2 cawan air - kalau kurang tambah la lagi
Garam dan gula secukup rasa

* Rasa sos jika ada bahan yang terkurang boleh ditambah lagi . Resepi ni boleh diubah suai ikut pada selera sendiri . Jika kurang masam tambah la jus limau nipis dan kurang masin baru ditambah garam atau sos nampla.

CARA MEMASAK :

- Bersihkan ikan dan ditos , gaul ikan dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk deep fry kemudian goreng ikan sehingga masak serta sedikit garing . Angkat ikan dan tos kemudian susun dalam pinggan yang sesuai.

- Kupas semua bawang dan halia kemudian dimayang halus kemudian potong nipis serai atau dititik saja . Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , serai dan halia , kacau serta biar sampai bawang layu. Masukkan semua cili kisar dan kacau serta biar cili masak serta terbit minyak .

- Masukkan semua daun limau purut , semua bahan sos dan kacau bagi semua bahan mesra kemudian boleh la dimasukkan , daun sup/bawang yang diracik , semua kiub nenas dengan jusnya sekali secukup rasa . Kalau kurang kuah boleh la ditambah lagi air dan kacau , bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam kuah tadi dan kacau pelahan sampai kuah jadi pekat .

-Bila kuah dah mendidih dan masak tuang semua kuah ni ke atas ikan yang sudah digoreng tadi serta boleh ditabur bawang goreng/daun sup , dah pun siap menu ni..

4 comments:

  1. waaaaaahhhh... sedapnye nampak... kena cuba try test ni...

    ReplyDelete
  2. to desperate mama ,
    sedap ni mama cuba la resepi yg saya bagi ni boleh ditambah atau kurang bahannya ikut selera mama n family la ya hihi

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan. wah..meriahnya lauk pauk. Suka memasak?...ke involve bisnes juga?

    ReplyDelete
  4. to chekpid,
    wlkslm dan tq singgah blog saya ni , hehehehe memang meriah blog masak hehehe saya mmg suka memasak tapi tak ada involve dgn bisnes

    ReplyDelete