Pages

Tuesday 13 September 2011

Kerabu pucuk paku

Dalam banyak-banyak jenis kerabu , kerabu pucuk paku campur kerang ni juga menjadi favorite saya . Nak buat pun senang dan sedap dimakan dengan nasi atau diratah saja...


BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh
1 biji bawang merah besar
1 tangkai lada merah
Segenggam udang kering - boleh ditambah
1 biji limau kasturi - boleh ditambah atau dikurangkan
Sedikit belacan
1cm halia
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi . Boleh ditambah atau kurang bahan-bahan ikut pada selera sendiri .

CARA PENYEDIAAN:

-Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Bersihkan taugeh n celur kejap dalam 20 saat saja .


-Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu . Udang kering direndam dalam air panas sekejap supaya menjadi lembut kemudian ditos .


-Tumbuk udang kering , halia , belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

-Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Bahan-bahan ditumbuk lumat dengan bawang merah disatukan dalam bekas yang sesuai kemudian dimasukkan pucuk paku serta taugeh yang sudah dicelur dan juga isi kerang rebus . Gaul semua bahan dan boleh ditambah bahan yang terkurang .

No comments:

Post a Comment