Pages

Sunday 18 September 2011

MUFFIN PEANUT BUTTER & COKLAT CHIPS

Awal pagi saya dah mula membancuh muffin peanut butter & coklat chips ni , dah lama betul saya tak baking cake atau muffin , pagi tadi saya google dan cari resepi muffin yang baru so saya jumpa blog Dinner , Dishes and Dessert  . Muffin ni mudah nak dibancuh dan rasanya memang sedap so pagi ni kami sarapan dengan muffin peanut butter & coklat ni yum yum...anak-anak saya pun suka...seeloknya muffin ni dimakan bila betul-betul sejuk baru la sedap .



BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
2/3 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 biji telur size A
1 cawan susu
1 cawan peanut butter
1/3 cawan minyak sayur
1 cawan coklat chips
1 sudu teh baking powder

CARA MEMASAK:

-Panaskan oven pada suhu 180'C . Susun pape cup pada loyang pembakar atau boleh oleskan minyak/butter pada loyang pembakar muffin.

BAHAN A : Ayak tepung/baking powder/garam dan masukkan ke dalam mangkuk pengadun kemudian masukkan semua choklat chips dan gaul rata .

BAHAN B : Satukan semua gula , minyak , telur , susu , dan peanut butter dalam satu bekas . Hanya gaul bagi cukup rata dan jangan pukul sampai kembang .
- Campurkan bahan A dan bahan B bersama dalam satu bekas adunan gaul mesra serta cukup rata .
- Masukkan la adunan ke dalam paper cup secukupnya . Boleh tabur xtra coklat chips atas adunan ni.
- Bakar muffin ni dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga muffin masak .

Muffin yang dah ready untuk masuk oven , harum saja bau muffin ni semasa proses masak..

No comments:

Post a Comment