Pages

Sunday 25 September 2011

SIPUT SEDUT MASAM MANIS

Sedapnyaaaaa.....
Resepi ni best kalau kuah banyak sebab bila nak sedut siput ni saya akan ceduk sikit kuah pada lubang siput ni dan baru la disedut - chot chott je bunyinya hehehe..isi kecil je tapi sedapkan . 

Kita perlu pandai agak-agak berapa banyak nak masukkan air supaya kuah tak terlalu cair nanti jadi sup siput sedut pula . Tapi kalau terlalu sedikit pula dimasukkan sedikit air so nak masak ni sebebnarnya ikut citarasa sendiri selalunya resepi hanya sebagai panduan saja . 

BAHAN-BAHAN :

1kg siput sedut - dipotong hujungnya
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3cm halia*
2 biji cili merah*
1 sudu kecil tepung jagung - utk pekatkan kuah
Sedikit daun sup dan daun bawang - diracik halus


*Bahan-bahan dikisar halus . kalau suka pedas boleh tambah cili lagi . 

BAHAN SOS :

6 sudu besar sos cili
4 sudu besar plum sos
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos sotong - nampla
Sedikit jus limau/lemon atau air asam jawa
1/2 cawan air - kalau kurang tambah la lagi
Garam dan gula bila perlu sahaja

* Rasa sos jika ada bahan yang terkurang boleh ditambah lagi . Resepi ni boleh diubah suai ikut pada selera sendiri . Bila kurang masin baru ditambah garam.

CARA MEMASAK :

- Bersihkan semua siput sedut dan ditos kemudian dipotong hujungnya . Kupas semua bawang dan halia   kemudian kisar semua bawang putih , merah dan cili merah sampai lumat .


- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar tadi , kacau serta biar sampai wangi . Masukkan  semua bahan sos dan kacau bagi semua bahan mesra .


- Masukkan semua siput sedut dan kacau semua bahan-bahan ni dan jika kurang kuah boleh la ditambah sedikit air , tutup kuali serta biarkan sampai siput masak .


-Bila siput dah masak boleh la dirasa kuah jika terkurang boleh ditambah bahan sos lagi atau garam . Masukkan semua daun sup/bawang dan kacau semua bahan .


- Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam kuah tadi serta kacau perlahan sampai kuah jadi pekat . Bila kuah dah mendidih dan siput dah masak boleh la ditutup api dapur .

2 comments:

  1. macamne ye rupa kalau siput yg dah disedut dikeluarkan letak kat pinggan....

    ReplyDelete
  2. to mama jane,
    akak tak pernah makan ke ?? hanya mereka yang gemar makan siput ni saja yang tau kesedapannya :)

    ReplyDelete