Pages

Tuesday 11 October 2011

Masak lemak cendawan kukur campur batang keladi

Lama dah saya cari cendawan kukur ni kebetulan hari Ahad lepas ke pasar tani kat rumah saya ni . Masa jalan-jalan dekat meja jualan sayur-sayur kampung pandangan mata saya ni terus terpandang cendawan kukur yang diletak dalam bekas plastik . Saya ambil/kaup cendawan kukur ni masuk plastik dan bila ditimbang harga cendawan kukur ni RM10 , saya ok saja dengan harga macam tu sebab dah lama juga tak masak menu cendawan kukur . Kalau nak tau cendawan kukur ni memang dah masuk dalam senarai makanan yang sangat di kehendaki kiranya WANTED la hehehe..

Masak lomak cili api cendawan kukur campur batang keladi ni cara nak masaknya sama saja macam resepi masak lemak yang lain . Berapa banyak bahan bergantung pada citarasa kita la ya kalau tak suka pedas jangan letak cili api banyak sangat . Kuah mesti pekat tapi kalau pekat sangat tambah la air sikit saja . Guna la kunyit hidup untuk dapat aroma dan rasa yang lebih sedap dan yang paling penting beli la bahan-bahan yang segar untuk hasil masakan yang sedap...

Tadi baru sempat saya jalan-jalan ke blog kawan-kawan yang dalam senarai bloglist saya tu dan macam biasa blog DAPUR TANPA SEMPADAN memang antara blog wajib saya masuk . Bila masuk tu saya baca macam biasa tup tup terkojut den tengok-tengok nama akak di sebut di blog MAT GEBU waa thanks ya Mat dan yang bestnya resepi sambal ikan dori saya tu memberi inspirasi untuk Mat masak sambal ikan campur potai yang semesti sedappppp....jom kita gi blog Mat dan tengok resepi-resepi yang sentiasa memberi inspirasi untuk akak cuba hehehehe THANKS Mat...


BAHAN-BAHAN :


2 cawan cendawan kukur
2 batang keladi -disiat kulit dan dipotong kecil-kecil
Santan kelapa secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
1 batang serai
sekeping asam keping saiz medium
Garam secukup rasa

* Boleh ditambah sedikit air jika kuah terlalu pekat

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 cm kunyit hidup
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan

CARA MEMASAK :

1. Basuh cendawan kukur untuk buang semua kekotoran kemudian di perah air dan ditos ketepi kan dulu .  Siat kulit batang keladi dan dipotong kecil , ketepikan dulu .

2. Tumbuk lumat semua bawang merah , putih , kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api .

3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

4. Masukkan semua cendawan kukur dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la dimasukkan batang keladi tadi . Sekali sekala kacau masak lemak ni menjadi empuk . Bila cendawan dan batang keladi dah masak boleh la ditutup api boleh la ditutup api dapur.


Cendawan kukur yang agak susah nak jumpa sekarang ni tapi kalau ke pasar tani masih ada dijual . Rasa cendawan ni memang unik serta sedap dimasak lemak cili api...


Ni pula rupa batang keladi yang sudah dibersihkan dan dipotong-potong..

3 comments:

  1. biasanya saya masak cendawan kukur masak lemak cili api..buat pedas2...memang sedap. nnt bole la try buat camni.

    memang payah kan nak jumpe cendawan ni.ader musim2 aje dia muncul hikhik

    ReplyDelete
  2. sedapnya cendawan tu..
    keladi iz takut nk makan...:)

    ReplyDelete