Pages

Thursday 20 October 2011

MASAK LEMAK PUTIH PUCUK MANIS

Dah lama juga saya tak masak resepi masak lemak putih sayur pucuk manis dengan keledek ni . Resepi yang ringkas tapi sedap dan anak-anak saya pun suka menu sayur macam ni sebab ada keledek yang manis dan lembut . Selalunya kalau masak resepi sayur ringkas macam ni akan gandingkan dengan ikan goreng saja dan masak sambal tumis sotong atau udang baru sedap dimakan sekali .

BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur pucuk manis
1 biji keledek
1 genggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2-3 cawan santan pekat - boleh ditambah
2 biji cili merah - dipotong menyerong

* Kalau kuah terlalu pekat masuk la sedikit air ke dalam kuah . Jika kuah sedikit boleh ditambah lagi santan .

CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur pucuk manis dan diambil daun sahaja , ranting dibuang ya. Bersihkan keledek , dibuang kulit serta dipotong kecil-kecil . Kupas semua bawang dan dimayang nipis serta bersihkan ikan bilis . 

Masukkan santan , ubi keledek , ikan blilis dan bawang ke dalam periuk . Biarkan kuah mendidih dan ubi keledek empuk lembut kemudian baru la dimasukkan sayur pucuk manis dan cili merah , kacau semua bahan-bahan .

Masukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga rata , bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.

No comments:

Post a Comment