Pages

Saturday 1 October 2011

PETOLA TUMIS AIR

Sudah banyak kali saya buat n3 resepi sayur petola tumis air ni cuma n3 kali special sikit sebab sayur petola ni saya kutip sendiri dari kebun mertua masa balik kampung last week . Sayur petola yang ditanam secara organik tiada racun serangga atau baja kimia diguna . Sayur petola ni hidup subur di lembah bukit bukau Bukit Tangga , Kuala Klawang . Saya petik buah petola yang masih muda so isi sayur ni rasanya manis serta lembut . Juadah tumis air sayur petola ni saya masak hari Rabu yang sudah cuma hari ni dapat saya buat entrynya , sayur petola tumis air yang dicampur dengan suhun/fucuk serta udang . 

BAHAN-BAHAN :
2 biji buah petola
200gm udang kertas - dibersihkan
1 peket suhun/fucuk
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam udang kering - direndam sekejap

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan petola dan dikupas kulit dan potong ikut pada citarasa kita . Rendam suhun serta fucuk sampai kembang dan ditos ketepikan dulu .  

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan udang kertas dan biarkan sampai udang masak , boleh la dimasukkan air untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan dulu buah petola dan kacau serta biarkan  buah petola masak kemudian boleh dimasukkan suhun serta fucuk dan kacau semua bahan-bahan . Boleh terus ditutup api dapur fucuk serta suhun akan masak dalam kuah sup yang masih panas .

3 biji sayur petola muda yang saya kutip semuanya dari kebun mertua..

No comments:

Post a Comment