Pages

Monday 7 November 2011

SAMBAL TUMIS KERANG

Saya beli kerang pagi tadi mula-mula rancang nak rebus saja kerang cicah dengan cili sos tapi bila balik rumah plan sudah tukar kerang ni saya masak sambal sebab dah lama tak makan sambal kerang . Puas hati bila masak sendiri , kerang ni pun saya beli yang saiz besar so memangs edap lah bila dimasak sambal yum yum..


BAHAN-BAHAN:
2 cawan isi kerang
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
1 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
5 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar/grill

CARA MEMASAK :

1) Rebus kerang sehingga masak dan ambil isi sahaja anggaran dalam 2 cawan .

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan cili kisar . Gaul semua bahan sampai cili kisar pecah minyak . Masukkan gula secukup rasa , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak . Jika sambal kelihatan menjadi kering boleh la ditambah sedikit lagi minyak .

3) Masukkan bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bawang menjadi layu kemudian masukkan isi kerang dan kacau semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . 

4 comments:

  1. kat kuching ni kerang mahal..kdg2 sekilo cecah rm8..adoi!!

    ReplyDelete
  2. salam aidil adha Nannie,
    sedapnya sambal kerang tuuu... ngences!

    ReplyDelete
  3. I pun suka sangat makan sambal kerang nih :)Sedapppppp.........!

    ReplyDelete
  4. to Khaty,
    mahal betul kerang di sana ya , tak best la mcm tu mmg jarang dpt makan kerang laa

    to Amie,
    terima kasih ya Amie , slmt hair raya aidiladha

    to Yummylittlecooks,
    hihihi mmg sedaps ambal kerang kan :)

    ReplyDelete