Pages

Wednesday 23 November 2011

Sup ayam campur suhun n fucuk..

Sup ayam yang ringkas dicampur dengan suuhun dan fucuk , berselera anak-anak saya makan...
BAHAN-BAHAN:

3 ketul rib ayam - dipotong 
2 peket campuran suhun n fucuk
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Air mencukupi untuk kuah sup
Daun sup-diracik
Bawang goreng secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMIS :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis ( 1 ketul )
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMASAK :

- Potong ayam kepada bahagian yang kecil-kecil . Semua bawang , halia di kupas kulit dan dimayang halus . Suhun dan fucuk direndam dan bila dah kembang ditos dan ketepikan . Kalaua da daun sup boleh la diracik halus

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan tumis serta semua bawang/halia tadi . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .Biarkan kuah hampir mendidih dan boleh la dimasuk semua ayam serta serbuk lada hitam dengan garam secukupnya  . Kacau semua bahan serta biar sampai ayam masak .

-Masukkan semua suhun/fucuk dan kacau sup sekali-sekali dan biar bila fucuk dah nampak lembut boleh la ditutup api dapur ( anggaran dalam 5 minit jangan masak terlalu lama nanti suhun jadi terlalu lembik ) .Akhir sekali boleh la ditabur la daun bawang dan bawang goreng ( jika ada )

2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    nani datang sini, tengok sup simple tapi sedap ni.. sama la anak2 nani pun suka gak kalau wat sup gini.. bertambah2 diorang makan.. kita yang dah besor2 belaka ni pun kalau makan tak sedar diri.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. TO JASSNANI ,
    tq ya nani singgah blog saya ni , memang sedap lauk simple macam ni kan

    ReplyDelete