Pages

Tuesday 8 November 2011

Sup sayur petola campur ubi kentang

Hari ini saya masak sayur sup petola yang dicampur ubi kentang serta suhun/fucuk . Sepanjang hujung minggu raya haji ni saya banyak juga makan rendang , lemang dan daging so hari ni rasa nak makan nasi dengan juadah yang bersup saja serba ringkas tapi cukup sedap......

       

BAHAN-BAHAN :
1 biji buah petola
4 biji ubi kentang
1 peket suhun/fucuk
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis - direndam sekejap

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan petola dan dikupas kulit dan potong ikut pada citarasa kita . Rendam suhun serta fucuk sampai kembang dan ditos ketepikan dulu . Kupas kulit ubi kentang dan dipotong 4 .

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan air untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih . Masukkan dulu ubi kentang dan kacau serta biarkan  sampai ubi kentang empuk .


3) Masukkan sayur petola , garam secukup rasa dan biarkan sampai sayur petola masak kemudian boleh dimasukkan suhun serta fucuk . Kacau semua bahan-bahan dan boleh terus ditutup api dapur , fucuk serta suhun akan masak dalam kuah sup yang masih panas .


Sedapnyaaaa....

4 comments:

  1. Pastu ditambah dengan ikan sepat masin dan sambal belacan... Memang terbaik la.

    ReplyDelete
  2. to zyash ,
    hmmmm betul tu mmg sedap laaa

    ReplyDelete
  3. tq resipi, tapi nak tanya sayur petola sejuk tak ? sebab saya penah ada sejarah patah kaki

    ReplyDelete
  4. Beli petola lepas tu termenung nak masak macam mana? Huhu~ nasib baik google jumpa resepi akak ni....alhamdulillah! Terima kasih ye!..

    ReplyDelete