Pages

Saturday 14 January 2012

SARAPAN PAGI NI - PASTA LINGUINE

Pagi ni saya masak pasta linguine yang digoreng dengan tomato kering/semi dried tomato yang saya beli di kedai Harrod masa jalan-jalan ke KLCC bulan sudah . Dah lama saya tak ke KLCC so masa pusing-pusing terjumpa la kedai Harrod yang terkenal di kotaraya London itu . Tak dapat ke Harrod di London dapat masuk cawangan yang ada di Malaysia ni pun jadi la kan .So macam biasa saya google la cari resepi pasta guna tomato kering ni dan ni la hasilnya pasta fetucinni goreng , alhamdulillah sedap buah tomato kering ni ada rasa yang tersendiri la...

Sedap dimakan bila ditabur keju parmesan..lemak manis masam...

BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta linguini
130 grm tomato kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Daging ayam cincang
Sedikit kiub stok ayam
Serbuk kering daun basil secukupnya
Serbuk kering daun oregano secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Segenggam daun pasley
Keju parmesan - ditabur atas pasta bila nak makan

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dikisar halus kemudian kisar semua tomato kering . Rebus pasta sampai empuk dan ditos kemudian ketepikan .

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang , kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga masak kemudian boleh la dimasukkan tomato kering , serbuk herba oregano/basil dan terus kacau .


Masukkan semua cendawan dan kacau sehingga cendawan masak . Boleh dimasukkan semua semua pasta , serbuk lada hitam , kiub ayam serta garam/gula secukup rasa . Racik halus daun pasley dan ditabur dalam pasta dan kacau semua bahan dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api.




Ini la rupa tomato kering bahan yang selalu diguna dalam masakan masyarakat Eropah terutamanya di negara Italy . Dulu saya pun tak tau apa kegunaan buah tomato kering tapi saya ni memang suka membaca dan masuk banyak blog masak antarabangsa . Bila dah baca terus timbul minat nak cuba sendiri guna bahan-bahan yang agak asing sebelum ni alhamdulillah sedap..

Bahan-bahan asas dalam resepi ni..


SELAMAT CUTI HUJUNG MINGGU..

8 comments:

  1. salam t/ari...
    hurmm nmpak macam sedap je, x cuba x tau kan..ada separuh bhn2 tu x de la plk..nak cuba jgk lah..thanx 4 the resipi..

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Kak, sy mmg suke mkn pasta... smlm baru buat pasta carbonara... tomato kering tu boleh buat sendiri kak... mmg sedap ;)

    ReplyDelete
  3. sedapnya...bila la nak cuba ni..

    ReplyDelete
  4. yatie belum pernah makan lagi ni...boleh cuba hehehe

    ReplyDelete
  5. to eija ,
    wlksalam memang betul tu kalau tak cuba kita tak tau macam mana rasanya kan .

    to marya ,
    wlslkm , sama la akak mmg suka makan pasta waa yum2 pasta carbonara favorite anak-anak akak tu , ya tomato kering ni mmg boleh buat sendiri kan

    to mamawana,
    alhamdulillah sedap pasta ni

    to kak na ,
    sedap kak , cuba la

    to yatie ,
    ok cuba la ubah suai resepi ikut selera yatie

    ReplyDelete
  6. wahh.. sedapnye.. baru tengok rupa je, belum masuk perut lagi..hik2
    nak try buat.. best ny..

    ReplyDelete