Pages

Tuesday 24 April 2012

SAMBAL TERUNG MINI

First time saya cuba masak terung mini bulat yang berwarna ungu sebesar buah limau kasturi ni dan masa beli tu saya sempat tanya tokeh gerai sayur ni katanya terung ni sedap dibuat ulam selalunya direbus dan dimakan dengan sambal belacan . Nak bagi sambal terung ni lebih sedap saya tambah udang kering yang ditumbuk lumat dengan cili merah serta belacan mmmm harum semerbak sambal tumis terung ni dan cukup sedap dimakan dengan nasi panas suam-suam , syukur alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

20 biji terung mini ungu - dibersih serta dipotong 2
Air asam jawa secukup rasa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji cili merah - kalau nak pedas tambah la lagi
segenggam udang kering - direndam dlm air panas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan

* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing .

CARA MEMASAK :

Bersihkan terung dan dipotong 2 kemudian ketepikan dulu . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk sampai cili masak dan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan air asam jawa , gula dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum .


Masukkan air secukupnya dalam sambal tadi dan biar sampai mendidih kemudian boleh dimasukkan semua terung dan biarkan sampai terung cukup masak dan menjadi empuk . Kacau sambal terung ni bagi semua bahan mesra dan boleh la dimasukkan garam serta gula secukup rasa . Bila air sambal dah agak kering dan terung dah masak boleh la ditutup api dapur.

11 comments:

  1. comeynya terung....hehe...
    sedap makan dgn nasi panas nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cute terung ni betul2 sedap makan nasi panas

      Delete
  2. Sedapnya kak...tapi saya tak pernah jumpa la terung mini ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sedap , ada terung purple ni mungkin jarang la di jual kot

      Delete
  3. salam Nanie ada jugak ya terung yg kecik warna unggu selalu yg hijau tu je akak terjumpa dan dibuat ulam je ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm kak nor , tu la saya pun first time jumpa terung purple kecil ni :)

      Delete
  4. sedapnya....ingatkan terung ni hanya buat ulam atau asam pedas saja.....buat sambal pun sedap ekk?

    ReplyDelete
  5. As salam Kak Nannie,

    Smlm kebetulan marya berbuka dgn sambal terung gak... Sedap! Tapi bukan terung mini...Terung debab...kat sini terung besar2 & gemuk2 kak :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm Marya , waaa sedap kalau terung debab tu cukup berlemak dan manis isinya kan :)

      Delete
  6. tak penah pulak saya memasaknya. terung panjang selalu lah masak.

    ReplyDelete