Pages

Sunday 8 July 2012

SOTONG GRILL SAMBAL KICAP

Cara masak sotong yang sangat simple ^_^

Beli sotong yang fresh/segar baru la sedap dimasak grill macam ni . Bersihkan sotong kemudian digaul dengan serbuk kunyit dan garam sahaja , boleh juga digaul dengan rempah kari . Letak sedikit minyak masak dan biarkan grill panas dan boleh la dimasak sotong ni . Jangan masak sotong terlalu lama sebab sotong akan jadi liat dan kering .


Sambal kicap ni boleh juga diganti dengan air asam . Nak buat sambal kicap bahan-bahannya - 10 biji cili api , seulas bawang putih ditumbuk hancur kasar . Kemudian dimayang bawang besar dan disatukan bahan tumbuk dengan bawang ni ke dalam satu mangkuk . Masukkan kicap manis Kipas udang secukupnya dan digaul rata , jika suka sambal ada rasa masam sikit boleh juga diperah sedikit limau nipis .

9 comments:

  1. Wah best ni. Masakan panggang ni bagus utk kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masakan simple dan baik utk kesihatan kan

      Delete
  2. ...sesuai untuk acara bbq

    ReplyDelete
  3. Simple tapi nampak sedap. hehehe boleh simpan resepi ni untuk sesak2 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila la kak sam , mmg simple pun resepi ni nak masak pun sekejap je

      Delete
  4. Terliur nyer kak...nie salah satu makanan yg sy pantang..sbb pasti gatal hidung..tp sy pantang jumpe, x ingat dah pantang lain..huhu..teringinnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe sama la akak pun pantang jumpa sotong mesti nak makan , sotong ni makan sekali sekala ok la kan

      Delete
  5. kalau makan ngan sambal kicap nie maunya berpinggan2 tambah nasi nie

    ReplyDelete