Pages

Wednesday 25 July 2012

SUP SAYUR PETOLA

Sup sayur yang mudah nak dimasak dan sangat sedap . Bahan-bahan untuk sup sayur ni boleh ditambah atau dikurang kiranya ikut suka kita la kan . Kalau nak tambah sotong boleh atau nak masuk telur pun boleh . Kalau tak suka udang boleh tukar dengan isi daging ayam , itu la kelebihannya bila masak sendiri kita tentu kan apa yang kita nak makan selain terjamin kebersihan dan mengikut citarasa sendiri . 

BAHAN-BAHAN :
1 batang sayur petola
1 peket suhun/fucuk
1 peket cendawan tiram
5-6 kacang buncis
1 peket fish ball
segenggam udang kertas kecil
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan - kalau tak ada pun ok
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur petola kemudian di buang kulit luar yang keras dan ambil dipotong kecil . Rendam suhun serta fucuk sampai kembang dan ditos ketepikan dulu .  Bersihkan semua sayur kacang buncis dan dipotong kemudian siat cendawan dan bersihkan udang . 

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan udang kertas serta sos tiram dan dikacau rata , boleh la dimasukkan air untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan sayur petola dahulu , fishball dan biar sampai sayur separuh masak baru la dimasukkan cendawan dan dikacau . Masukkan kacang buncis , garam secukup rasa dan bila sayur dah masak boleh dimasukkan suhun serta fucuk , kacau semua bahan-bahan . Boleh terus ditutup api dapur fucuk serta suhun akan masak dalam kuah sup yang masih panas . Jangan masak sup ni terlalu lama nanti sayur menjadi layu dan lembik .


3 comments:

  1. makan dengan sambal belacan sedap ni kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la betul tu ella , makan dgn sambal belacan mmg sedap

      Delete
  2. salam puan, sy nak tnya mcm mana kita nk bezakan petola tua @ muda ms membeli?

    ReplyDelete