Pages

Wednesday 8 August 2012

KACANG KARA TUMIS SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN :

200 gm kacang kara
1 peket cendawan swiss brown
100 gm udang segar
1 sudu besar sos tiram - boleh ditambah
Sedikit minyak bijan - kalau tak ada pun ok
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK  :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih 

CARA MEMASAK :

- Bersihkan kacang kara serta buang urat keras dan dipotong menyerong .  Kupas semua bawang dan ditumbuk lumat . Bersihkan udang dan buang kepala dan ekor , tos dan ketepikan dulu .

- Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan tumbuk dan kacau . Bila bahan tumbuk yang ditumis sudah masak dan terbit bau boleh la dimasukkan semua udang dan kacau biar sampai udang separuh masak serta terus masukkan sos tiram . Kacau semua bahan-bahan dan masukkan minyak bijan serta masukkan kacang buncis tadi dan kacau semua bahan dan rasa masin kalau tak cukup baru ditambah garam secukupnya . Bila kacang dah masak boleh la ditutup api dapur .

Ini la rupa kacang kara

1 comment:

  1. Selamat pagi,kak!Bolehkah kak bagi tau mana boleh saya beli kacang kara?Mudahkah dapatkan kat pasar atau supermarket?Terima kasih~

    ReplyDelete