Pages

Tuesday 7 August 2012

MASAK LEMAK CILI API TERUNG BULAT

Masak lemak cili api terung bulat ungu ni saya masak campur dengan ikan kering/masin pari , alhamdulillah memang sedap..


BAHAN-BAHAN :


5 biji terung bulat ungu - dibersih serta dibelah 4 saja
1 peket ikan masin/kering pari - 2 keping
2 cawan santan pekat - boleh tambah
1 keping asam keping saiz kecil
1 batang serai - dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

15 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK

Ikan pari direndam dahulu sampai lembut dan dipotong menjadi kepingan kecil . Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , asam keping ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua ikan masin dan garam secukupnya . Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan terung bulat , biarkan kuah mendidih serta terung menjadi lembut dan boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak .

1 comment:

  1. Salam akak nani.
    Bila tgk terung ni teringat saya kat terung berlado kat restoren selero negori. Akak ada resupi tak mcm mana nak buat terung mcm tu

    ReplyDelete