Pages

Friday 3 August 2012

NASI GORENG MENTEGA

Alhamdulillah sedap..
BAHAN-BAHAN:

4 cawan nasi
1 cawan isi ikan salmon - baki dari berbuka
1 cawan cendawan butang fresh 
2 biji telur
3 sudu besar butter
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

BOLEH DITAMBAH ATAU KURANG BAHAN IKUT SELERA MASING-MASING YA.

CARA MEMASAK :

1) Kupas semua bawang dan tumbuk sehingga lumat kemudian lerai-lerai kan nasi . Bersihkan cendawan butang atau cendawan tiram dan dipotong kecil . Ambil isi ikan salmon . 

2) Panaskan semua butter dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum kemudian masukkan semua isi ikan salmon dan kacau sampai cukup mesra dalam 3-5 minit . Jika kurang butter boleh ditambah lagi .

2) Masukkan semua cendawan dan kacau sehingga masak seterusnya masukkan sos tiram serta kacau . Masukkan telur dan kacau kemudian masukkan semua nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan masukkan garam serta serbuk lada sulah secukup rasa . Kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

7 comments:

  1. Replies
    1. cuba la , ubah suai resepi ikut selera sendiri ya

      Delete
  2. menelan air liur dibuatnya

    ReplyDelete
  3. Wahhh Kakkk .. anak KC mesti suka ni. sbb digoreng dgn butter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la anak-anak akak suka sgt nasi goreng simple mcm ni

      Delete