Pages

Friday 19 October 2012

DALCA DAGING

Dalca daging yang sedap dimakan dengan roti jala atau dengan nasi..


BAHAN-BAHAN :
500 grm daging lembu batang pinang
5 cawan santan 
2 biji terung bulat
4 biji ubi kentang
2 biji carrot
200 grm kacang dal 

BAHAN-BAHAN TUMISAN :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
1 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 peket kecil - serbuk kari daging
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil . Kupas semua bawang dan halia kemudian dimayang halus . Bersihkan semua sayur dan di potong ikut saiz yang sesuai .

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah dibancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan dengan kacang dal dan daging biarkan kuah mendidih dan kacang dal kembang serta daging menjadi empuk . Jika kurang kuah boleh ditambah sedikit lagi santan . Kacau kuah dan masukkan semua ubi kentang dan biarkan sampai ubi kentang masak lembut dan boleh la dimasukkan sayur terung , carrot serta garam secukup rasa . Akhir sekali baru la dimasukkan kacang panjang dan buah tomato dan biar sampai masak boleh la ditutup api dapur .

2 comments:

  1. Kakak tengok macam nak mintak semangkuk je rasa. Hari ini kakak masak simple tak ada kuah tu yg nampak macam nak mintak he...

    ReplyDelete
  2. dah habis la dalca ni kak zakie , lain kali ya saya bagi semangkuk dalca pada akak

    ReplyDelete