Pages

Thursday 18 October 2012

SAMBAL KELAPA n ULAM RAJA

Dah lama saya tak buat sambal kelapa yang sedap dimakan dengan ulam raja aduhhhhh enak sekali . Pagi tadi di pasar saya beli bahan-bahan yang diperlukan dan sampai saja rumah dengan penuh semangat saya mula masak lauk untuk makan tengahari ni  . Last sekali baru saya tumbuk sambal kelapa supaya masa makan nanti sambal ni sedap fresh . Ulam raja dibasuh bersih dan sebelum dihidang  untuk dinikmati semuanya disusun dulu untuk sesi fotografi di studio yang terletak di dapur saya yang serba sederhana ni , alhamdulillah....

BAHAN-BAHAN :

5 biji cili merah
1 inci belacan - boleh ditambah
2 sudu besar udang kering
Kelapa parut secukupnya
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

-Rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut tos dan ketepikan . Tumbuk semua cili merah besama belacan dan garam sampai lumat kemudian masukkan udang kering . Tumbuk semua bahan sampai lumat , jika perlu boleh dimasukkan jus limau nipis secukup rasa . Masukkan sedikit demi sedikit kelapa parut dan terus tumbuk perlahan-lahan . Gaul semua bahan-bahan dan rasa sambal ni jika ada bahan yang kurang boleh la ditambah . 


Cili merah ditumbuk dengan belacan , udang kering dan garam . Bila cabai/cili dah cukup lumat baru la dimasuk kelapa sedikit demi sedikit dan ditumbuk bagi sebati dengan cili . Gaul semua sekali dan boleh la dimasukkan dalam mangkuk .


Ulam raja yang sangat sedap dimakan dengan sambal kelapa , alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment