Pages

Wednesday 31 October 2012

SUP TULANG

Sup tulang ni adalah n3 terakhir untuk bulan Oktober 2012 ni . Sup tulang lembu tempatan yang saya masak masa Hari Raya Aidiladha yang lepas . Sup ni boleh dimakan macam tu saja atau dengan nasi atau boleh juga di jadi kan kuah soto , alhamdulillah nikmatnya dapat makan sup tulang yang sedap ni.....


BAHAN-BAHAN:

1 kg tulang lembu tempatan
4 biji tomato
1 pokok daun sup n daun bawang
5 batang celery
Garam secukup rasa
Air mencukupi sehingga menutupi tulang dalam periuk

*Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya kat tulang jadi empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak tulang lembu ni 

BAHAN-BAHAN TUMIS :

1 batang kayu manis - anggaran 2 inci panjang
4 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah - dikisar 
1 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan putih*
2 sudu besar lada hitam*

Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus .

CARA MEMASAK :

- Semua bawang , halia dikupas kulit dan dikisar lumat . Biji Ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh/kisar halus . 

-Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bahan kisar dan kacau dan biarkan sampai bahan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan tulang tadi dan kacau  dan biarkan sampai kuah mendidih . 

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua batang celery yang dipotong kecil . Biarkan daging pada tulang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato yg sudah dipotong 4 , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup/bawang yang sudah di potong halus ke dalam sup.

4 comments:

  1. amboiiiii.. nannie.. dia tunjuk sup tulang ni lak.. siap bergedil tu..
    sedapnya hirup sup time hujan2 ni.. tapi kat opis.. kalau kat umah abis selongkar dah dapor..

    ReplyDelete
  2. hehehhe sedapnya sup tulang jassnani

    ReplyDelete
  3. sedapnyer sup tulang tu...tambah pulak ngan begedil kat sebelah lg la sodap...

    ReplyDelete