Pages

Tuesday 22 January 2013

COSLOW a.k.a COLESLAW

Bila google resepi coslow baru la saya tau ada 2 ejaan untuk coslow ni ^_^ . Bila google macam-macam resepi coslow yang saya jumpa so saya pilih  resepi yang paling senang nak buat coslow ni . 

Resepi coslow ni saya bagi basic saja so kalau ada pembaca yang nak buat anda boleh ubah suai resepi ikut taste sendiri ya . Kalau nak senang masukkan bahan-bahan sikit demi sedikit kemudian kacau dulu bila dah dapat rasa yang kita suka baru la stop tambah apa-apa bahan pun . Kadang-kadang saya ubah suai resepi masakan yang saya cari di internet TAPI saya tak akan ubah resepi kek , puding , kuih-muih  dan roti sebab kalau salah bancuhan tak menjadi apa yang kita masak tu especially kalau buat kek . Saya akan ikut dengan tepat resepi untuk dapat kek yang betul-betul jadi seperti sepatutnya dan sedap ^_^

Lunch kami hari ni - fish & chips bersama coslow , fillet ikan tu saya beli yang siap dijual kat hypermarket ada banyak jenama so pilih mana yang kita suka ada yang harganya mahal dan murah . Saya tambah coslow untuk bagi balance makan tengahari kami ni - so ada protein , kabohidrat dan fiber 


BAHAN-BAHAN :

Sayur kobis - secukupnya
sayur carrot - secukupnya
Mayonis - secukupnya
Susu full cream secukupnya
Sedikit cuka
Garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMASAK :

Bersihkan semua sayur serta tos kemudian buang kulit carrot dan boleh la disagat carrot ni . Potong atau cincang sayur kobis . Masukkan semua bahan dalam mangkuk yang sesuai dan boleh la dimasukkan mayonis secukupnya kemudian dimasukkan susu sikit demi sedikit . Gaul semua bahan dan dimasukkan garam/gula dan cuka secukup rasa . Gaul rata semua bahan-bahan , tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri . Boleh disimapn dulu coslow ni dalam peti sejuk sebelum dihidangkan .


Sebahagian bahan-bahan yang saya guna .

No comments:

Post a Comment