Pages

Wednesday 16 January 2013

Sayur taugeh campur tauhu

BAHAN-BAHAN :

2 cawan sayur taugeh
1 ikat kucai
2 biji tauhu
1 genggam ikan bilis kecil
1 sudu sos tiram
Sedikit minyak bijan - kalau tak ada pun ok
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK  :

2 biji bawang merah- kupas kulit
1 ulas bawang putih - kupas kulit

CARA MEMASAK :

- Bersihkan taugeh/kucai kemudian kucai dipotong . Kupas semua bawang dan ditumbuk lumat . Tauhu dipotong serta digoreng sampai agak garing . Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan tumbuk dan kacau .

- Bila bahan tumbuk yang ditumis dah wangi boleh la dimasukkan ikan bilis dan kacau sampai terbit bau harum . Masukkan sos tiram dan semua sayur serta minyak bijan secukupnya , jangan terlebih guna minyak bijan nanti sayur akan rasa tak berapa sedap . Masukkan tauhu tadi dan kacau semua bahan dan rasa masin kalau tak cukup baru ditambah garam secukupnya . Bila taugeh dah masak boleh la ditutup api dapur .

No comments:

Post a Comment