Pages

Friday 22 February 2013

Masak lomak cili api siput sedut


BAHAN-BAHAN :

1 peket siput sedut
5 cawan santan - secukupnya
3 batang serai - dititik
1 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api - boleh tambah
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi 

CARA MEMASAK :

Basuh dan bersihkan siput sedut kemudian dipotong hujung runcing siput sedut ni . Bersihkan lagi siput ditos serta diketepikan dulu . 

Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan ke dalam periuk yang sesuai . Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua siput sedut , garam secukup rasa , asam keping dengan pucuk ubi . Kacau kuah supaya tak pecah minyak , sekali-sekala boleh dikacau kuah dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur .


Siput yang sudah dibuang hujungnya dan sedia untuk dimasak .

3 comments: