Pages

Wednesday 29 May 2013

Ros di taman Nannie

Jom cuci mata tengok gambar ros ni tanam saya ni..

Bunga ros 'eb tide' yang sangat cantik dan wangi


pokok ros 'eb tide' bunganya selalu berjambak.

Bunga ros eb tide' yang wangi .


Cantik dan sangat wangi tapi bunganya tak tahan lama bila kena pancaran cahaya matahari yang terik bunga ros ni cepat melecur .


Pokok ros 'china doll' yang cute , bunganya pun cute ^_^


Banyaknya kudup ros 'china doll' ni geramm tengok ^_^


My favorite roses 'China doll' yang sangat cute


Ros 'shocking blue' keluar kudup 3 serangkai ^_^


Sekuntum bunga ros 'shocking blue' yg sangat cantik.


Pokok ros 'shocking blue' walaupun warna bunga nya macam violet atau lilac .


Ros 'Jingga Irisa' yang senang hidup dan rajin berbunga tapi tak ada bau.


Bunga ros 'Damask' berjambak dan sgt wangi , ros 'Damask' ni juga di panggil ros kampung .


Pokok ros 'Damask' yang sangat saya sayang . Pokok ros ni senang nak dijaga dan cepat membesar serta rajin berbunga . Bunganya jenis berjambak dan sangat wangi..

Monday 27 May 2013

Masak lemak buncis & cendawan inoki

Asalamualaikum dan selamat hari Isnin , bermula la cuti sekolah selama 2 minggu . Hari ni juadah sayur yang simple saja dari dapur Nannie iaitu masak lemak buncis dgn cedawan inoki , alhamdulillah sedap...jemput makan...


BAHAN-BAHAN :

300 grm buncis
1-2 peket cendawan inoki
1 biji bawang merah - yg besar
1 ulas bawang putih
1 inci  kunyit hidup
1 batang serai- dititik
2-3 cawan santan - boleh ditambah
Segenggam ikan bilis - dibasuh
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur buncis dan dipotong menyerong , bersihkan cendawan enoki buang bahagian bawah akar . Kupas semua bawang dan ditumbuk lumat serta bersihkan ikan bilis .

Masukkan santan , ikan bilis serta bahan ditumbuk lumat ke dalam periuk dan masak sehingga kuah mendidih kemudian terus dimasukkan sayur buncis tadi dan kacau semua bahan . Bila sayur buncis dah hampir masak terus masukkan semua cendawan inoki serta garam secukup rasa . Kacau rata semua bahan dan boleh la ditutup api dapur.

Tuesday 21 May 2013

SUP TULANG

Alhamdulillah sedapnyaaa
BAHAN-BAHAN:

1 kg tulang 
500 grm daging cincang - pilih yg banyak daging
1 pokok daun sup & daun bawang
5 batang celery
Garam secukup rasa
Air mencukupi sehingga menutupi tulang dalam periuk

*Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya kat tulang jadi empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak tulang lembu ni 

BAHAN-BAHAN TUMIS :

1 batang kayu manis - anggaran 2 inci panjang
6 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 biji bawang merah - dikisar 
1 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan putih*
2 sudu besar lada hitam*

Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus .

CARA MEMASAK :

- Semua bawang , halia dikupas kulit dan dikisar lumat . Biji ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh/kisar halus . 

-Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bahan kisar dan kacau dan biarkan sampai bahan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan tulang tadi dan kacau  dan biarkan sampai kuah mendidih . 

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua batang celery yang dipotong kecil . Biarkan daging pada tulang empuk baru la ditabur daun sup/bawang yang sudah di potong halus ke dalam sup dan boleh ditutup api dapur .

Thursday 16 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Hari ni sangat istimewa untuk semua cikgu di seluruh Malaysia . Pada semua guru-guru , saya nak ucapkan ' SELAMAT HARI GURU 2013' sesungguhnya saya sangat menghargai semua jasa Guru-Guru . Peranan Guru adalah sangat besar dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat , insyallah .

Memori lama masa sekolah dulu sentiasa saya ingat lebih-lebih lagi bila munculnya hari Guru ^_^

Monday 13 May 2013

Ikan merah tumis kicap

Resepi masak kicap yg sangat simple dari saya ^_^

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan merah saiz medium
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
7 sudu besar kicap manis 'Kipas udang' - boleh tambah
3 sudu sos tiram
air secukupnya
1/2 sudu kecil lada hitam-boleh ditambah

CARA MEMASAK:


1) Bersihkan ikan potong menjadi 2 dan kemudian digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan sehingga agak garing dan angkat toskan serta disusun dalam mangkuk/pinggan yang sesuai .

2)Tumbuk semua bawang merah/putih , biji lada hitam . Tumis bahan tumbuk ini sampai naik bau wangi . Masukkan pula bawang besar yang telah dipotong nipis-nipis serta kacau dan biarkan layu sedikit.

3) Kemudian masukkan sedikit air , kicap , sos tiram dan kacau semua bahan ni . Kalau terkurang kuah boleh ditambah sedikit lagi air dan tambah la juga sedikit kicap supaya kuah jadi pekat semula . Bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera sendiri .
4) Biar kuah masak sehingga mendidih dan tutup api dapur , terus tuangkan semua kuah ke atas ikan yang sudah disusun dalam pinggan atau mangkuk . Pastikan kuah meliputi ikan ni , hidangkan masakan ikan ni sejurus selepas siap dimasak .

Saturday 4 May 2013

Segar dari kebun mertua

Asalamualaikum....

Selamat pagi Sabtu , alhamdulillah pagi ni nampaknya cuaca baik saja . Saya nak share gambar kami sekeluarga balik kampung pada Rabu lepas masa cuti 1 Mei . Setiap kali balik kampung ada saja sayur-sayuran atau buah yg kami menunggu untuk kami tuai/petik . Mak dan abah mertua saya memang suka bercucuk-tanam dan alhamdullillah subur semua pokok buah-buahan atau sayur yang ditanam tu .

Balik kali ni kami kutip/tuai kacang panjang , pucuk ubi dan petik buah naga alhamdulillah semuanya segar dan sedap . Kacang panjang ni saya masak hari Khamis lepas , masak pun menu simple saja tapi yang penting sayur kacang tu fresh ditanam oleh mertua saya secara organik bebas dari racun kimia ^_^

BAHAN-BAHAN :

1 genggam kacang panjang
200gm udang
2 cawan santan pekat - boleh tambah
1 keping asam keping saiz kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

5 biji cili - suka pedas tambah lagi ya
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - dititik

CARA MEMASAK

Bersihkan sayur kacang panjang dan dipotong . Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan asam keping ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kacang panjang dan garam secukupnya . Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan udang dan cendawan yg sudah dicarik-carik . Biarkan kuah mendidih serta udang menjadi bertukar warna . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak dan bila dan masak boleh la ditutup api dapur .

Jom tengok gambar kami anak beranak kutip kacang panjang , bestnyaa...
Pokok kacang bendi yang dan mula berbunga 2-3 minggu lagi boleh la kami petik/kutip kacang bendi pulak .


Banyaknya kacang panjang..


Anak saya tolong kutip kacang panjang , bestnyaa...


Haaa tu dia punya banyak kacang panjang yang Aisyah dapat petik , bestnyaa..


Saya pun sama-sama kutip/petik kacang panjang , geram betul tengok kacang panjang berjurai-jurai ni hehe , seronoknya....

Adam dan Adlina hanya tengok dan main dalam kebun Wan ni hehe..


Syukur alhamdulillah lagi 2-3 minggu kami balik kampung lagi sebab kacang bendi dah mula berbuah masa kami balik kali ni ^_^ berbudi pada tanah insyallah pasti dapat hasil yang lumayan...

Wednesday 1 May 2013

Puisi Segala Puji bagi Allah

Syukur alhamdulillah..

Puisi Segala Puji bagi Allah


Ya Allah
Segala puji bagi-MU, yang memberiku kehidupan yang sederhana
Segala puji bagi-MU, yang telah memberi kekuatan disaat aku lemah
Segala puji bagi-MU, yang telah memberi petunjuk disaat aku bingung & sedih
Segala puji bagi-MU, yang telah menyembuhkanku dari sakit
Segala puji bagi-MU, yang memberi kebahagia pada kami
Segala puji bagi-MU, yang telah memberiku nikmat pendengaran dan penglihatan
Dan untuk cinta kita pada Allah
maka kita cinta kepada Kalam-NYA

SUB’HANALLAH WAL HAMDULILLAH WALA ILLAH HA’ILALLAHU ALLAHU AKBAR

-----------------------------------------------------------------------------
Puisi indah ni saya dapat dari internet