Pages

Monday 30 September 2013

Padprik ayam

Alhamdulillah secukup rasa...


BAHAN-BAHAN :

2 ketul dada ayam
1 batang carrot
sayur brokoli secukupnya
kacang panjang secukupnya
2 batang serai
1/2 inci halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 helai daun limau purut
Sos tiram secukupnya
Kicap manis kipas udang secukupnya
Sos cili thai secukupnya
sos ikan/nampla secukupnya
1 sudu kecil cili kisar
Garam/gula secukup rasa

* Boleh tambah macam-macam jenis sayur lain ikut pada citarasa sendiri . Bahan-bahan juga boleh ditambah atau kurang ikut pd citarasa sendiri .

CARA MEMASAK :


Potong isi ayam menjadi ketulan kecil dibersih dan ketepikan dulu . Potong semua sayur dan ketepikan dulu . Kupas kulit semua bawang serta halia dan dimayang nipis .

Panaskan minyak secukupnya dalam kuali , tumis semua bawang dan halia sehingga wangi terus masukkan cili kisar , kacau semua sehingga cili kisar masak . Masukkan isi ayam dan kacau , biarkan sampai isi ayam baru dimasuk sos tiram/cili sos thai/nampla/kicap secukupnya mengikut citarasa sendiri .

Kacau semua bahan sehingga mesra dan boleh dimasukkan sayur carrot dan kacau , bila dah separuh masuk baru dimasukkan kacang panjang . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan sayur brokoli serta garam dengan gula secukup rasa . Bila dah masak boleh ditutup api dapur .

Friday 27 September 2013

PAJERI NENAS

Alhamdulillah , secukup rasa kegemaran kami sekeluarga...


BAHAN-BAHAN :

1 biji nenas masak ranum -sederhana besar
5 cawan santan - boleh tambah
1 genggam udang kering
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 peket serbuk kari daging
2-3 camca besar kerisik
gula dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan nenas dan potong ikut saiz yang sesuai . Basuh udang kering.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang dan bunga cengkih . Kacau semua bahan dan masukkan udang kering . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan dan kacau , biar kuah mendidih sekejap kemudian masukkan kerisik dan buah nenas . Masukkan garam dan gula secukup rasa dan terus kacau pajeri ini . Biarkan sampai nenas empuk , itu tanda pajeri sudah masak dan boleh la ditutup api . Dah pun masak....

Bila masak pajeri saya suka nenas yang masak ranum.

Thursday 26 September 2013

Kek Carrot

Carrot cake ni memang all time favorite saya dan anak-anak . Dah lama saya tak baking dan anak-anak pun request nak makan kek so saya buat carrot cake ni ^_^ Resepi asal carrot kek ni saya dapat dari website JoyofBaking.com dan kalau nak tengok resepi asal boleh klik SINI 


BAHAN-BAHAN :

260 gm tepung
270 gm gula castor - boleh tambah jadi 300gm kalau suka manis
4 biji telur size A
240ml minyak zaitun atau minyak jagung
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kayu manis
2 1/2 cawan carrot - disagat halus
1/2 cawan kacang walnut dicincang kecil
1/2 cawan kismis- dicincang

TOPPING CREAM CHEESE:

250gm cream cheese*
Gula icing secukupnya*
1 biji buah lemon - diparut kulit saja

*Pukul cream cheese bersama gula dan parutan kulit lemon sehingga kembang dan menjadi fluffy

CARA MEBANCUH ADUNAN DAN MASAK :

-Panaskan oven pada suhu 180'C . Sagat carrot dan ketepi kan dulu . Bakar kacang walnut selama 5-8 minit dalam oven kemudian dicincang menjadi ketulan kecil . Ayak tepung bersama baking powder , soda bikarbonat serta serbuk kayu manis .

-Pukul semua telur sehingga menjadi sedikit kembang anggaran selama 1 minit kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit . Terus pukul adunan telur dan gula ni sehingga bertukar menjadi warna pucat kemudian masukkan semua minyak zaitun serta esen vanilla dan terus pukul sehingga bahan menjadi sekata dan mesra.

-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul semua bahan kemudian masukkan carrot yang disagat tadi , kacang walnut serta kismis . Kaup balikkan semua bahan-bahan sehingga menjadi mesra serta sebati .  Sejukkan kek atas relai besi dan kemudian boleh la disapu cream cheese dan hias mengikut kreativiti sendiri .


Masukkan adunan kek ni dalam 2 loyang pembakar berukuran 9 inci . Bakar adunan kek ni selama 30 minit atau sehingga kek masak . Guna kan lidi untuk cucuk tengah kek jika lidi tu keluar bersih bermakna kek sudah masak.

Saya sapu cream cheese pada atas pemukaan 1 kek kemudian saya letak lagi 1 kek diatas pemukaan kek ni . So cream cheese ni berada di tengah kek .


Wednesday 25 September 2013

LASAGNA

Alhamdulillah , anak-anak saya suka sangat lasagna ni ^_^


BAHAN UTAMA :

1 kotak instant lasagna - boleh tambah

BAHAN-BAHAN UTK SOS BOLOGNESE:
2 tin sos pasta bolognese PREGO perisa tradisi - boleh tambah
1 peket daging cincang-boleh tambah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak zaiton- utk menumis
Sedikit herba oregano fresh
Garam secukup rasa-bila perlu sahaja

CARA MASAK SOS BOLOGNESE :
Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu. Masukkan pula daging cincang , herba oregano dan kacau sampai daging masak, tambah garam jika sos kurang masin . Masukkan semua sos bolognese Prego dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak .

BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :
5 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar butter
2 sudu besar minyak sayur
1 kotak 250ml cooking cream
800 ml susu full cream dlm kotak
Sedikit black pepper
Garam secukup rasa

CARA MASAK SOS BECHAMEL:
Panaskan butter bersama minyak zaitun , guna api sederhana besar atau kecil . Masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan sentiasa kacau adunan tepung ni supaya tidak hangit . Masukkan semua susu dan terus kacau sehingga sebati kemudian boleh la dimasukkan sedikit saja serbuk black pepper dan cooking cream . Gunakan api sederhana besar dan sentiasa kacau sos bechamel ni . Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat kalau tak cukup masin baru ditambah garam . Kuah bechamel akan jadi pekat bila dah dimasak . Boleh ditutup api dapur.

CARA MASAK LASAGNA :

Susun lapisan pertama kepingan lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai kemudian masukkan sedikit demi sedikit sos bolognese dan curah sos bechamel serta tabur cheese . Ulang semula susun kepingan lasagna , curah sos dan tabur cheese  buat begini sampai ke lapisan paling atas atau sampai habis bahan. 

Curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir menutupi pemukaan lasagna paling atas kalau kuah bechamel tak cukup ruang saja susu supaya betul-betul banjir . Sos bechamel akan bercampur dengan sos bolognese meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna . Kuah bechamel dan sos bolognese yang mendidih masa proses masak dalam oven yang akan masak kepingan lasagna ni nanti . Sos bolognese dan bechamel yg tak habis boleh disimpan .

A - susun kepingan lasagna 
B - lapis sos bolognese - banyak
C - lapis sos bechamel - banyak
D - tabur cheese - ikut pada selera sendiri

* Ulang susunan seperti di atas A , B C dan D . Buat sampai habis semua bahan - bahan .

Mula-mula susun kepingan lasagna kemudian diletak sos bologna dan diletak sos bechamel yang putih . Kemudian susun balik kepingan lasagna . Buat sampai ke lapisan paling atas .


Sos bechamel dimasukkan selepas sos bolognese.


Bila dah buat 3 lapisan pemukaan paling atas ditabur dengan keju mozarella , cheddar dan parmesan . Saya masukkan banyak juga sos bechamel sampai menutupi pemukaan atas kepingan lasagna kiranya sampai banjir la supaya kepingan lasagna masak dengan elok menjadi lembut .

-Tutup pemukaan loyang pembakar dengan kepingan aluminum foil dan masukkan lasagna ni dalam oven dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak . Kemudian buang kepingan aluminum foil dan masukkan semula loyang pembakar ni ke dalam oven dan biarkan lasagna masak sehingga pemukaan atas lasagna bertukar coklat keemasan atau sedikit garing . Boleh la di keluarkan loyang ni dan biarkan lasagna sejuk sedikit untuk dimakan .

Saturday 21 September 2013

Bunga Hydrangea di taman ros nannie

Selain pokok bunga ros saya sangat-sangat suka dengan bunga hydrangea ni . Bunga hydrangea ni pun dipanggil bunga kembang 3 bulan sebab selalunya bunga hydrangea tahan kembang sampai 3 bulan . Saya memang dari dulu nak bela pokok ni tapi macam was-was je sebab katanya pokok ni susah nak berbunga . Tahun sudah saya ada beli sepokok tapi rupa-rupanya pokok hydrangea yang saya beli tu jenis hidup dlm iklim sejuk datang dari Cameron Highland . Pokok hydrangea saya tu cepat besar sihat daunnya lebar-lebar dan hijau tapi lepas bela dlm 7-8 bulan tak juga berbunga . So saya macam dah give-up la dengan pokok hydrangea tu . Daun je banyak tapi bunga yeleeek nan ado huhuhu . Awal tahun 2013 saya join group 'suri suka tanam bunga' kat facebook dan saya dapat macam-macam ilmu dan info tentang pokok bunga hydrangea ni . 

So bulan Mei lepas saya beli 3 anak pokok bunga hydrangea jenis kampung di Sg.Buloh . Anak pokok yang saya beli tu tingginya dalam 12 inci dan sangat la kurus alahai kesian tengok tapi kat nursery tu saja yang ada pokok hydrangea kampung . Balik rumah saya tanam pokok tu masuk pasu tapi sayangnya hanya sepokok yang hidup dan lagi 2 dah masuk syurga huhuh tak po la tak ada rezeki den . Tinggal la 1 pokok hydrangea yang hidup dan makin lama makin sihat serta makin besar pokok hydrangea saya nan sebatang tu ^_^

Alhamdulillah lepas 3 bulan dijaga pokok hydrangea saya tu mula tumbuh putik , happy . Dalam sehari banyak kali la saya belek putik bunga hydrangea dan punya la banyak gambar saya ambik sebab tak sangka pokok hydrangea yg mula di bela kuruih akhirnya boleh jadi segar-bugar dan dah berbunga , syukur alhamdulillah . 2 minngu lepas saya alih pokok hydrangea tu masuk ke dalam pasu yang lebih besar . Alhamdulillah sekarang ni pokok hydrangea saya tu dah sebulan berbunga , happy laaaaa.....

Ni la pokok hydrangea kesayangan saya tu . Extra sayang sebab saya bela dari anak pokok kecik tinggi dalam 12 inci tapi alhamdulillah lepas 4 bulan dah bosar dan dah berbungo laaa  ^_^


My beautiful bunga hydrangea 


Sangat-sangat cantik bunga hydrangea ni...


Cantiknyaa....masa ni bunga hydrangea saya baru kembang..


Pokok belah kanan tu saya beli bulan Ogos lepas , awal bulan September mula tumbuh putik bunga dan sekarang ni bunganya dah mula nak kembang , alhamdulillah .


Ni pula pokok hydrangea yang saya baru beli last week memang rezeki saya dapat pokok yang memang dah tumbuh putik bunga ^_^ . Harga pun murah je 1 pokok RM4.50 hehehe happy laa . Niat di hati nak tambah lagi pokok hydrangea ni sebab pokok ni senang sangat nak di jaga . Tak perlu direct sunlight dan hanya perlu siram saja tiap-tiap hari , bagi baja organik dan insyallah akan berbunga . Kalau dah lama jaga tak bunga juga seeloknya dahan pokok yang dah tua dah banyak keluarkan tunas di cantas pucuknya supaya tunas di bahagian bawah dahan dapat membesar dan insyallah akan tumbuh putik bunga . 

Salah satu pokok hydrangea yang putik bunganya dah mula kembang . dari info yang saya tau katanya tahap ph tanah akan menentukan warna bunga hydrangea ni menjadi warna lilac , purple , pink atau biru . Tapi saya tak kisah la sangat bab warna sebab bunga hydrangea ni tetap cantik tak kira apa warna pun sekali . Palingbest sekarang ni pokok hydrangea saya dah berbunga hehehe alhamdulillah..


Buat masa ni saya ada 4 pasu pokok hydrangea dan 3 pokok dah berbunga syukur alhamdulillah . Jom kita tanam pokok bunga tak kira la apa jenis pokok sama ada yang ada bunga atau hanya pokok berdaun . Jom kita hijau kan kawasan persekitaran rumah kita untuk mendapat udara yang lebih segar dan pandangan mata pun lebih best  serta menjadi terapi positif untuk diri sendiri serta famili ^_^

Selamat berhujung minggu yaaa...

Friday 20 September 2013

'Wanita Pertama' milikku...

Dalam hati ada taman , berbunga-bunga saja hati ni bila melihat deretan pokok ros yang saya bela/jaga hidup sihat , syukur alhamdulillah . Mata dan hati ni tenang saja bila terpandang 'wajah-wajah' ayu manis ni yang sentiasa tersenyum . Saya tak pernah jemu menjaga/bela pokok ros masuk bulan 9 ni dah 1 tahun 6 bulan laman rumah saya berseri-seri dengan kehadiran bunga-bunga ros . Walaupun macam-macam juga dugaan yang saya dah lalui sepanjang bela/jaga pokok ros ni sebab pokok ros ni agak 'manja' tetapi jika di jaga dengan elok akhirnya diri sendiri juga yang happy sebab pokok ros yang 'manja' ni akan hidup subur dan berbunga cantik menawan......

Kali ni saya nak share gambar bunga ros yang baru sebulan saya bela ni . Nama pokok ros ni 'First Lady' a.k.a 'Wanita Pertama' . Bunga ros FL ni memang terlalu cantik dengan baunya lembut sedap dibau . Pokok ros FL ni pun senang nak hidup dan rajin berbunga serta bunganya tahan lama juga dalam 3-4 hari . Anggun cantik dan menawan ros 'Wanita Pertama'......penyeri laman ros Nannie ^_^

Ciptaan Ilahi yang sangat cantik..

So beautiful.. Subhanallah...

Ayu...cantik..manis..anggun..

Terlalu cantik sampai tak jemu saya belek dan dicium...


Rupa ros FL bila dah full bloom..


Sekali kembang berkuntum-kuntum ^_^ , gumbiranya saya tengok...

Thursday 19 September 2013

Sambal tumis ikan sardin campur tomato ceri

Hari ni saya masak sambal tumis ikan sardin yang dicampur dengan tomato ceri . Lauk simple saja untuk kami sekeluarga tapi walaupun simple macam mana pun kalau dimasak sendiri mesti sedap sebab kita tau berapa banyak bahan yang perlu kita guna , apa bahan yang kita guna untuk menetapi citarasa kita . Lagi satu bila masak sendiri memang 100% terjamin kebersihannya . Kita masak untuk anak-anak dan suami makan mesti la kita cook with passion kan dan dengan penuh kasih sayang...

BAHAN-BAHAN :

1 tin sardin saiz besar
1 biji bawang besar
1/2 sudu kecil gula
3-4 sudu besar cili kering kisar
15 biji buah tomato ceri
Garam/gula secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan bakar

CARA-CARA MEMASAK :

1. Bersihkan tomato ceri dan dipotong nipis . Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan tumbuk sampai masak dan wangi . Kemudian dimasukkan cili kisar dan dikacau lagi sampai cili masak .

2. Masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis-nipis dan kacau sampai bawang menjadi layu. Kemudian masukkan semua buah tomato dan terus kacau sampai mesra  . Bila buah ceri dah layu baru dimasukkan semua ikan sardin bersama sosnya serta sedikit gula pasir dan dikacau rata , jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam . Jika kurang masam baru la ditambah sedikit air asam jawa . Kacau semua bahan dan boleh la ditutup api. 

Wednesday 18 September 2013

Tempe + ubi kentang goreng kicap

Secukup rasa , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN :

2 peket tempe
1 cawan ikan bilis
5 biji ubi kentang
2 biji bawang besar
10 biji cili hijau
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap - boleh tambah secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis

CARA-CARA MEMASAK :

-Potong tempe kecil-kecil dan ubi kentang di kupas kemudian dipotong nipis-nipis juga .Tempe , ubi kentang dan ikan bilis digoreng kemudian ditos dan ketepikan dulu sekejap.

-Tumis bahan tumbuk sampai terbit wangi kemudian masukkan bawang besar yang dimayang nipis-nipis dan semua cili sampai naik wangi . Kemudian masukkan sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .

-Masukkan tempe , ubi kentang dan ikan bilis kemudian masukkan kicap dan terus kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Jika masih kurang masin boleh la ditambah kicap atau garam lagi . Resepi yang mudah dan cepat disediakan.

Friday 13 September 2013

Sarapan pagi ni - sandwich scrambled egg

Alhamdulillah sodapp..


BAHAN-BAHAN :

5 biji telur ayam
1/2 biji bawang besar* - dimayang nipis-nipis
serbuk lada hitam secukupnya
roti
mayonis
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil minyak sayur
timun jepun secukupnya

* tidak perlu guna bawang besar jika tak suka

CARA PENYEDIAAN :

Panaskan kuali atau frying pan kemudian masukkan mentega dengan minyak sayur . Bila mentega mula cair terus masukkan semua bawang dan kacau . Biar sampai bawang layu terus masukkan semua telur serta garam secukup rasa dan kacau semua bahan . Masukkan serbuk lada hitam secukup rasa dan kacau dan bila telur dah masak boleh la ditutup api dapur . Telur jangan dimasak sampai terlalu kering biar telur agak lembik baru sedap .

Cara nak makan : sapukan mayonis pada pemukaan roti secukupnya dan susun timun dan scrambled egg dan boleh la dimakan .

Wednesday 11 September 2013

Sarapan pagi ni - sandwich tuna

Kegemaran kami anak-beranak senang saja nak sediakan sandwich ni alhamdulillah sodappp .

BAHAN-BAHAN :

2 tin tuna chuck dalam minyak sayur
4 sudu besar mayonis - secukupnya
1/2 biji bawang besar - diracik kecil
serbuk lada hitam secukupnya
roti
salad butter head
timun jepun secukupnya

CARA PENYEDIAAN :

Masukkan semua ketulan isi ikan tuna ke dalam mangkuk dan dihancur kecil kemudian ditambah dengan mayonis secukupnya serta bawang besar yg diracik kecil . Masukkan serbuk lada hitam dan jika perlu boleh ditambah sedikit garam secukup rasa . Gaul semua bahan sehingga cukup sebati , boleh terus dimakan dengan roti .

Isi ikan tuna chuck dalam tin .

Monday 9 September 2013

Ketam tumis lada hitam...yum.yumm..

Alhamdulillah sedap..


BAHAN-BAHAN:

10 ekor ketam - saiz sedang
Air secukupnya - anggaran 1 cawan
1 sudu kecil biji lada hitam yg ditumbuk lumat - boleh tambah

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :

3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

BAHAN-BAHAN SOS:

5 sudu besar sos lada hitam - boleh tambah
3 sudu besar sos tiram - boleh tambah
2 sudu besar kicap manis - boleh tambah

CARA MEMASAK :
* Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak serta terbit bau wangi . Masukkan semua bahan sos dan semua ketam serta terus kacau sambil rasa jika ada bahan yang kurang boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan sedikit air dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak . 

*Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah lagi air . Boleh juga dimasukkan daun sup/baeang dan terus kacau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur dan hidangkan dalam bekas yang sesuai dan boleh la dihias .

*Jika kuah agak cair boleh dimasukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung yang digaul rata dengan sedikit air . Masukkan bancuhan ni dan kacau sehingga sos masak menjadi pekat .

* Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..

Friday 6 September 2013

Tumis sayur chap chye

Saya selalu juga masak sayur campur atau chap chye ni dan cara masak sayur macam ni memang kegemaran kami sekeluarga . Sayur campur ni sedap dimakan dengan nasi atau dirata begitu saja ^_^ 


BAHAN-BAHAN :

sayur kacang buncis
putik jagung
brokoli
bunga kobis
sayur kobis
carrot
cendawan inoki  
1 genggam ikan bilis kecil
sos tiram secukupnya 
minyak bijan - secukup rasa
perisa makanan 
Sedikit air masak

* Kuantiti sayur ikut pada citarasa sendiri

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan kacang dan dipotong menyerong , ketepikan dulu . Bersihkan ikan bilis dan ketepikan , tumbuk semua bawang putih serta bawang merah . Bersihkan semua sayur-sayuran dan dipotong kecil .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua ikan bilis dan sos tiram . Kacau rata semua bahan dan masukkan sayur yang keras dulu macam bunga kobis , putik jagung dan carrot . Kacau sayur dan bila dah layu sikit baru dimasuk kacang buncis dan  brokoli serta dikacau . Jika sayur-sayuran ni nampak agak kering boleh dimasukkan sedikit air masak dan kacau semua bahan .

3) Masukkan sayur kobis , cendawan inoki dan masukkan minyak bijan secukupnya dengan bahan perisa 'Secukup Rasa'  . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Ros..mawar..rose..rosa..

Bunga-bunga ros di taman Nannie...