Pages

Tuesday 3 September 2013

Sodapnyaaa.... cerita hari raya ke - 3

Tadi saya buka kejap fb tengok/baca apa yang patut lepas tu saya buka pula folder/album gambar di fb dan browse gambar-gambar kami sekeluarga masa sambut Aidilfitri di kampung . Best tengok gambar sambil tu senyum sorang-sorang ^_^  . Dalam banyak-banyak gambar tu ada la juga beberapa gambar lauk-pauk yang saya ambil untuk di simpan buat kenangan . Alhamdulillah sodapnyaa masakan bonda mertuaku memang tiada tandingannya..

Alhamdulillah lauk-pauk kami makan masa berbuka puasa di kampung , semuanya masakan stail org nogori yang simple tapi cukup sedap .

Rondang Minang yang sodappp campuran daging dan hati lombu .


Balik kampung mesti cari air Jando Pulang atau air kelapa pandan , sodapnyaaa puas hati dapat 2 jug untuk kami ramai-ramai minum untuk buka puasa  ^_^

Hari raya ke 3 melayan anak-anak dan anak saudara makan tengahari . Seronoknya dapat berkumpul makan nasi bersama . Bila balik kampung saya dengan biras dan adik ipar akan masak bersama atau pun kami take turn untuk masak . Apa jenis lauk pun mesti laku punya hehehe . Saya akan masak juga lauk yang tak pedas supaya geng kecil macam dalam gambar ni dapat makan nasi ^_^


Lauk-pauk masa hari raya ke 3 ada beberapa jenis lauk lagi tapi ni je yang sempat di ambil gambar . Lauk sambal tempoyak akar kayu , ayam masak merah dan acar bijan semuanya yum yum . 


Sentuhan bonda mertuaku memang tiada tandingannya , sambal tempoyak ni sangat la sodap . Tempoyak mesti sedang elok tak boleh masam sangat lepas tu campuran daun ulam mesti cukup . Mertua saya guna pucuk ubi , daun kaduk , petai , daun kunyit , serai diracik nipis-nipis dan ikan bilis . Semua sayur ulam diracik nipis-nipis dan mesti guna pati santan baru sodap sambal tempoyak ni ^_^


Ni pula acar bijan yang dibuat oleh adik ipar den boleh tahan sodapnya ^_^

Bulan Syawal pun dah nak berlalu tinggal beberapa hari je lagi . Banyak kenangan manis sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri tahun ni syukur alhamdulillah . Semoga kami sekeluarga di panjangkan umur , diberi kesihatan yang baik untuk melalui bulan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan pula insyallah..

2 comments:

  1. Kmal pun balik raya tampin baru ni dapat seperiuk air kelapa.. kait sendiri.. puas hati .. tgk blog kmal ni http://amalsweetmoment.blogspot.com/2013/08/selamat-hari-raya-2013.html
    nannie ada FB dak.. kmal cari x jumpa.. FB kmal Amal Hayati

    ReplyDelete
  2. terliur pulak tengok sambal tempoyak tu...haishhh

    ReplyDelete