Pages

Thursday 30 January 2014

Gulai tempoyak ikan bawal emas

Yummmmmy alhamdulilah....

BAHAN-BAHAN :

3 ekor ikan bawal emas
2 batang serai - dititik
6 sudu besar tempoyak - boleh tambah
1 keping asam keping - kalau tempoyak dah masam tak perlu la ditambah asam keping
1/2 sudu kecil gula
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 cili merah
5 cili api
2 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping kemudian masak kuah sampai hampir mendidih . Masukkan semua ikan bawal kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa , kacau semua bahan . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

* Tambah bahan atau kurangkan bahan ikut selera sendiri . Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur lebih banyak gula .

4 comments:

  1. Assalamualaikum nanie..yumyum sedap pasti bertambah selera makan

    ReplyDelete
  2. sedapnya Nanie, kalau masak macam ni memang larisss sangat nasi ..nak kena cari tempoyak ni

    ReplyDelete
  3. Sefapnya, nak cari tempoyak la nanti..

    ReplyDelete