Pages

Wednesday 29 January 2014

Tumis kacang buncis & cendawan shimeji

Sekarang ni ada macam-macam jenis cendawan di jual kat hypermarket dekat rumah saya . Macam-macam bentuk , warna , saiz dan nama cendawan-cendawan yang bederet disusun di rak kat hypermarket tu . Saya memang suka makan cendawan dan selalunya kalau nak masak sayur campur/capchoi , cendawan antara sayur yang saya pasti akan guna . Sejak awal bulan ni saya tengok ada sejenis cendawan baru dan nama cendawan tu Shimeji , cute saja rupanya . Geram je saya tengok cendawan ni hehehe ada ke org lain yang sama macam saya suka tengok cendawan ^_^

Saya suka pelbagai kan teknik dan jenis masakan menggunakan cendawan . Cendawan ni boleh dimasak sup , goreng , kukus , masak lemak cili api dan macam-macam lagi jenis cara masak . Kali ni saya masak cendawan shimeji dengan kacang buncis dan telur . Senang saja nak masak tumis sayur ni ^_^  favorite kami sekeluarga .

BAHAN-BAHAN :

500grm kacang buncis
1 peket cendawan shimeji
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji telur
 segenggam ikan bilis - rendam sekejap bagi lembut
1 sudu kecil sos tiram - boleh tambah
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

-Tumbuk lumat bawang merah + bawang putih dan ikan bilis , ketepikan dulu . Bersihkan kacang buncis dan potong menyerong . Bersihkan cendawan shimeji dan potong .

-Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi . Masukkan telur dan kacau sampai telur masak kemudian masukkan kacang buncis , jika sayur nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak . Masukkan cendawan shimeji dan sos tiram secukup rasa . Masukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan , bila sayur masak baru la di tutup api dapur.

2 comments:

  1. sedap tak cendawan shimeji tu? macam tak penah makan pun sebelum ni..

    ReplyDelete
  2. i suka cendawan..masaklah cemana pun, tetap suka...

    ReplyDelete