Pages

Monday 5 May 2014

Buttermilk scone

Alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1/2 cawan butter - sejuk
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan buttermilk
1 biji telur dipukul sikit utk disapu atas scones

CARA MEMASAK :

-Panas kan oven pada suhu 180'C selama 5 minit (suhu panas bergantung pada jenis oven yang anda guna ) 

-Ayak tepung dengan baking powder dan gula . Kemudian masukkan semua butter sejuk yang sudah dipotong menjadi kiub kecil dan hancurkan butter dengan garpu serta gaul butter dengan tepung sehingga menjadi macam serbuk roti yang berderai-derai seeloknya buat semua ni dengan cepat supaya butter kekal sejuk .

- Dalam bekas yang sesuai satukan telur , esen vanilla dan buttermilk . Kacau semua bahan sehingga sebati .

-Buat seperti lubang di tengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan  adunan telur tadi kemudian gaul rata  adunan ni dengan senduk , biar semua bahan-bahan cukup sebati  . Jangan uli terlalu lama jika adunan melekik letak sikit tepung ditangan/jari-jari . Bila doh dah jadi padat macam sebiji bola masukkan sekejap dalam peti sejuk selama 20 minit .

-Keluarkan doh dari peti sejuk dan terus ratakan doh gula pengelek anggaran 1 inci tebal dan boleh la guna acuan bulat atau gelas untuk terap doh ni , saya hanya tekan-tekan doh dengan jari dan terus terap guna gelas . Susun adunan tadi atas tray pembakar yang sudah disapu sedikit butter atau minyak sayur . Sapu telur atau susu pada pemukaan adunan scones ni .

-Bakar scones ni selama 20-30 minit pada suhu 180'C atau sehingga scones masak kuning keemasan , pastikan jangan terover masak nanti scones boleh jadi berderai/kering . Bila masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas relai/tray besi . 

2 comments:

  1. Salam kenal sis Nannie

    saya penah makan scones ni

    sedap

    dia tak lembut macam roti dan tak gebu sangat tapi masuk mulut macam melt je


    saya tengok chef wan buat dalam tv macam senang

    tapi saya ni roti biasa pun tak penah try buat apatah lagi scones lagi la tak pernah

    tapi suka makan

    hehehe

    ada ke gambar cara2 uli scones ni untuk saya rujuk?

    saya suka baing tapi setakat ni baking kek je la yg penah :)

    ReplyDelete
  2. owh teringat makan scones di Bharat Tea Cameron Highland...paling sedap bagi saya.pasni x yah la pegi cameron utk scones lagi.hheee

    ReplyDelete