Pages

Thursday 26 June 2014

Sambal tumis santan udang petai

Alhamdulillah 

BAHAN-BAHAN :

1 kg udang saiz sederhana - dibersihkan
1 biji bawang besar
5 papan petai
Air asam jawa secukup rasa
1 cawan pati santan - secukupnya
Garam secukup rasa 
gula secukup rasa 

BAHAN DIKISAR LUMAT :

20 biji cili kering - kalau nak pedas boleh ditambah lagi
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan bakar
3-4 sudu minyak masak untuk menumis

* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing .

CARA MEMASAK :

Bersihkan udang , buang kepala dan ekor kemudian ketepikan dulu . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan kisar sampai cili masak dan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan air asam jawa dan biarkan sambal masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum . Masukkan bawang besar yang sudah dipotong kecil . Kacau sambal sampai bawang besar menjadi layu .

Masukkan santan secukupnya dalam sambal tadi dan jika nak lebih kuah boleh ditambah sedikit lagi santan . Biar kuah sambal sampai mendidih kemudian boleh dimasukkan semua petai udang , garam dan gula secukup rasa . Kacau sambal udang ni bagi semua bahan mesra dan bila udang dan masak boleh la ditutup api dapur

No comments:

Post a Comment