Pages

Wednesday 8 October 2014

Gulai keladi lambuk

Alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

3 batang keladi lambuk - anggaran pjg 12 inci
2 peket cendawan
100 grm udang kertas kecil
1 helai daun kunyit
1 1/2 cawan santan - secukupnya
1 keping asam keping
sedikit minyak untuk menumis


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api 
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
1 batang serai - diracik
Garam kasar secukup rasa


CARA MEMASAK :

Basuh dan bersihkan batang keladi lambuk kemudian disiat kulit luar dan di potong nipis menyerong . Bersihkan cendawan dan disiat kemudian bersihkan udang dan ditos serta diketepikan dulu . 

Bersih dan kupas semua kulit bawang kemudian tumbuk lumat bawang bersama cili api , serai , kunyit hidup dan garam kasar .

Panaskan dalam 2-3 sudu besar minyak dan tumis bahan tumbuk sampai wangi dan terus masukkan santan dan kacau biar sampai hampir mendidih dan masukkan semua keladi lambuk tadi dan kacau biar sampai keladi masak . Masukkan semua udang dan daun kunyit yang diracik serta asam keping tadi dan kacau semua bahan

Boleh dimasukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga sekata dan biar sampai udang dan masukkan semua cendawan . Kacau lagi dan bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur serta dihidangkan rendang lambuk ni .



Ni la rupa bentuk keladi lambuk , kena siat kulit dan boleh di potong kecil . Keladi ni tak perlu di rebus dulu sebelum di masak buat sayur/lauk sebab keladi ni tak gatal so boleh terus di masak .

8 comments:

  1. assalam nanie, bestnya keladi ni tak payah rebus dulu ke?? tak tau pulak dimana boleh dpt kalau kt brunei ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm k noor , keladi ni tak perlu direbus sebab keladi ni tak gatal , siat saja kulit dan basuh bersih terus boleh dimasak

      Delete
  2. Salam,

    Kalau di buat asam pedas rebus pon boleh juga ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam , boleh buat asam pedas rebus .

      Delete
  3. Replies
    1. hehehe , mmg sedap masak lemak keladi lambuk ni di campur cendawan dan udang

      Delete
  4. Salam nannie..kat mana nak beli keladi lambok ni..saya suka makan keladi ni tapi sejak mak saya meninggal..keladi pun mati juga....susah nak cari skrang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam ezza , memang agak susah nak jumpa keladi lambuk ni . saya beli di pasar tani kt area rumah saya . tapi jarang di jual , selalunya kalau ada mmg cepat saja habis di beli , so kena cepat pergi pasar tani utk cari keladi lambuk ni

      Delete