Pages

Tuesday 14 October 2014

Tomyam santan ayam

Bila masak tomyam saya memang tak guna banyak sayur kerana jus dari sayur akan menjadi kan kuah tomyam manis . Saya selalu guna cendawan tiram dan buah tomato sahaja . Tiada sukatan yang tepat bila masak tomyam ni selalunya saya pakai agak-agak saja dan ikut selera sendiri . Kita yang masak so ikut selera kita untuk tambah atau kurang bahan , tepuk dada tanya la selera ^_^  


BAHAN A:

800 gm ayam
150 grm cendawan tiram
500 ml air - boleh ditambah atau dikurangkan
200 ml santan
gula secukup rasa - jika perlu
sos nampla secukupnya
daun ketumbar secukupnya

BAHAN B:

6 sudu pes tomyam

10 biji cili api - dibelah 2
2 biji limau nipis - ambil jus saja
1 biji bawang besar
2 inci lengkuas
1 biji bawang putih - dititk
3 batang serai - dititik
6 helai daun limau purut



*Semua bahan boleh ditambah ikut citarasa sendiri macam pedas , masam dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi.

CARA MEMASAK :
1) Bersihkan semua isi ayam dan potong kecil dan bersihkan cendawan dan disiat menjadi kecil , ketepikan dulu . Kupas semua kulit bawang , lengkuas dan di potong kecil .

2) Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam , lengkuas , bawang besar/putih , serai , cili api dan biar sampai kuah mendidih . Kemudian masukkan semua santan dan kacau , rasa kuah sedikit dan masukkan jus limau nipis secukupnya  . Boleh dimasukkan sos nampla , gula secukupnya dan kacau .

3) Masukkan semua isi ayam dan daun ketumbar serta boleh la dikacau , biar sampai kuah mendidih dan semua bahan masak baru la last sekali di masukkan cendawan , kacau sekejap sampai cendawan masak dan boleh la ditutup api.

No comments:

Post a Comment