Pages

Tuesday 4 November 2014

Tomyam ayam kuah jernih

Apa nama sebenar tomyam ni ya ? saya panggil tomyam kuah jernih je ^_^ . Saya lebih suka tomyam yang jenis kuah jernih ni sebab caranya masaknya yang senang dan mengunakan bahan asli tanpa pes atau kiub perisa . Kalau masak tomyam kuah merah cili tu perlu guna pes atau kiub tomyam yang semestinya sudah dicampur dengan bahan perisa dan pengawet . 


BAHAN A:

3 ketul dada ayam
1 peket cendawan
2 biji buah tomato ranum
10 biji cili api - dititik
1 biji bawang besar
jus limau nipis- secukupnya
2 inci lengkuas
1 biji bawang putih
2 batang serai- dititik
6 helai daun limau purut
1-2 pokok daun ketumbar
air secukupnya
Sos nampla secukup rasa
1 sudu kecil gula

*Semua bahan boleh ditambah atau kurangkan ikut citarasa sendiri macam pedas , masam dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi.

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan ayam dan potong kecil kemudiam kupas semua bawang , lengkus dan di racik nipis . Masukkan air dalam periuk bersama semua bawang , lengkuas , daun limau purut , serai , cili api dan biar sampai kuah mendidih .

2) Masukkan semua ayam dulu dan kacau bila ayam dah masak boleh ditambah garam dan gula secukup rasa  . Last sekali masukkan cendawan dan buah tomato yg di potong empat , kacau sekejap sampai cendawan masak dan boleh la dimasukkan daun ketumbar yg diracik nipis serta ditutup api dapur . Ubah suai bahan dan rasa ikut pada citarasa sendiri .

1 comment:

  1. Kak Nennie...terima kasih berkongsi resepi ni...macam tahu-tahu je Yani sedang cari resepi ni hari ni....

    ReplyDelete