Pages

Friday 30 January 2015

Goreng daging kunyit

Saya dapat resepi daging cara masak orang Kelantan ni dari internet , memey sedap .Senang nak masak menu daging ni , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN:

400 grm daging batang pinang
1 biji bawang besar
serbuk kunyit secukupnya
garam secukup rasa

BAHAN DIMAYANG NIPIS :

2 ulas bawang putih ( saiz besar )
1 inci halia

CARA MEMASAK:

Bersihkan daging dan potong kemudian digaul dengan garam serta kunyit secukupnya dan di ketepikan sekejap dalam 10 minit . Masukkan daging dalam kuali dengan 1 cawan air kemudian biarkan daging masak sampai empuk dan air rebusan tinggal sikit ( hampir kering ) kemudian tolak semua daging tepi dan masukkan 5 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan biar sampai minyak panas dan tumiskan halia serta bawang putih tadi dan kacau , biarkan seketika sampai naik bau harum . Masukkan semua bawang besar yang dimayang nipis . Kacau semua bahan dan boleh di rasa daging jika kurang masin baru di tambah garam . Bila dah masak boleh di tutup api dapur dan di hidangkan daging goreng kunyit ni .



No comments:

Post a Comment