Pages

Friday 20 February 2015

Tumis udang berempah kicap

Minggu lepas dear husband pegi Labuan dan beli macam-macam jenis seafood . Kat Labuan harga seafood memang murah dan sangat segar . Ada kedai yang jual seafood sekali dengan servis pembungkus untuk pelancong beli seafood untuk bawa balik . Macam-macam jenis seafood dear husband beli - ada ketam , udang kertas , udang kertas kuning , udang kepala kemek dan lobster . Hari ni saya masak tumis udang dengan kicap dan rempah , Alhamdulillah untuk rezeki kami hari ni ^_^


BAHAN-BAHAN:

1 kilo udang kertas saiz xl
1 sudu besar serbuk rempah kurma Adabi
kicap manis secukupnya
Minyak masak secukupnya
Garam secukupnya -  jika perlu

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT:

2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAKNYA :

1. Bersihkan udang dan potong muncung udang.Tos udang di dalam bekas penapis plastik . Panaskan minyak sayur secukupnya untuk mengoreng udang secara teknik deep frying atau goreng tenggelam minyak . anggaran 2-3 cawan minyak masak yang dipanaskan pada suhu yang tinggi . Goreng udang sekejap saja sehingga kulit udang bertukar kulit . Angkat dan tos udang dan ketepikan . Pastikan udang tidak digoreng terlalu lama kerana isi udang akan jadi kering dan liat .

2. Kupas bawang putih , bawang merah dan halia kemudian semua bahan di tumbuk lumat .

3. Panaskan 5-6 sudu besar minyak sayur kemudian tumis bahan tumbuk sampai naik bau , kemudian terus masukkan 1 sudu besar serbuk kurma dan udang yang sudah digoreng . Perlahankan api dapur dan terus kacau semua bahan jika udang kelihatan agak kering boleh ditambah sedikit minyak masak . Masukkan kicap manis secukup rasa dan gaul semua bahan . Bila semua bahan sudah digaul mesra sebati boleh la ditutup api dapur dan di hidangkan .

Tumis mentega kacang panjang

Bila cuti sekolah memang tiap-tiap hari saya dapat masukkan post ke dalam blog saya ni , alhamdulillah . Aktiviti masak pun mula awal pagi , lepas masak kami sekeluarga bersihkan laman rumah dan untuk tengahari ni saya masak lauk-pauk yang simple untuk makan dengan nasi . Hari ni saya masak kacang panjang dengan telur , anak-anak saya memang suka sangat makan kacang panjang macam ni ^_^ especially anak yang bongsu . Memang laku sayur kacang panjang ni habis di ratah oleh anak-anak ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 ikat sayur kacang panjang  
2 biji telur ayam
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak sayur
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan kacang panjang dan dipotong kecil , ketepikan dulu . Kupas semua kulit bawang dan ditumbuk kasar .

2) Panaskan semua butter dengan minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua semua telur ayam , jika nampak kering boleh ditambah sedikit lagi butter atau minyak sayur . Kacau laju telur sampai menjadi hancur dan biarkan telur masak . Masukkan semua kacang panjang yang dipotong kecil dan kacau semua bahan , boleh dimasukkan garam secukup rasa .Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Thursday 19 February 2015

Tumis sotong campur ubi kentang

Selamat bercuti...


BAHAN-BAHAN:

600 gram sotong sederhana besar
3 biji ubi kentang
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1batang serai saiz besar
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
minyak masak secukupnya

CARA MEMASAKNYA :

-Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri Semua bawang merah . bawang putih dan halia dikupas kulit serta dimayang nipis . Ubi kentang dikupas kulit dan dipotong kecil kemudian digoreng sampai masak , tos dan ketepikan dulu .

- Panaskan 4 sudu besar minyak dan tumis semua bahan yg ditumbuk hancur tadi sampai layu dan wangi . Masukkan serai yang diracik kecil , kacau semua bahan kemudian di masukkan semua sotong dan dikacau , bila sotong dah separuh masak boleh la dimasukkan sos tiram secukupnya . Jika nak rasa masam boleh ditambah air asam jawa atau sos plum . Masukkan semua ubi kentang yg digoreng tadi dan dikacau semua bahan sampai . Rasa sotong jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan lagi . Bila sotong dah masak boleh la ditutup api dapur .

Wednesday 18 February 2015

Sup tulang

Alhamdulillah 


BAHAN-BAHAN:

1.5 kg tulang lembu tempatan - ada isi
1 pokok daun sup & daun bawang
6 batang celery
Garam secukup rasa
Air mencukupi sehingga menutupi tulang dalam periuk

*Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya kat tulang jadi empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak tulang lembu ni 

BAHAN-BAHAN TUMIS :

1 batang kayu manis - anggaran 2 inci panjang
6 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 biji bawang merah - dikisar 
1 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan putih*
2 sudu besar lada hitam*

Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus .

CARA MEMASAK :

- Semua bawang , halia dikupas kulit dan dikisar lumat . Biji ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh/kisar halus . 

-Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bahan kisar dan kacau dan biarkan sampai bahan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan tulang tadi dan kacau  dan biarkan sampai kuah mendidih . 

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua batang celery yang dipotong kecil . Biarkan daging pada tulang empuk baru la ditabur daun sup/bawang yang sudah di potong halus ke dalam sup dan boleh ditutup api dapur .

Tuesday 17 February 2015

Kari udang campur buncis

Udang saiz besar yang segar memang sangat sedap dimasak kari campur kacang buncis . Hidangan lauk macam ni memang favorite kami sekeluarga , alhamdulillah . 


BAHAN-BAHAN :
800gm udang kertas saiz XL - 
150gm kacang buncis - dipotong menyerong
santan secukupnya
1 peket kecil rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang kayu manis - 2 cm
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari
Garam dan air asam jawa secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Bersihkan udang , Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus , panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi . 

2) Bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak. Jika rempah nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak lagi .

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian terus dimasukkan semua udang dan dikacau , masukkan garam secukup rasa . Jika kuah kurang boleh ditambah sedikit lagi santan . Terus kacau kari udang ni dan boleh dirasa kuah kari jika kurang masin ditambah lagi garam dan kurang masam boleh la dimasukkan air asam jawa secukup . Masukkan semua sayur buncis dan biarkan kuah kari mendidih serta dikacau sekali sekala . Bila udang sudah masak baru la ditutup api dapur . Jangan masak terlalu lama nanti buncis jadi lembik dan udang terover masak serta menjadi liat .

Monday 16 February 2015

Sup bakso

Saya google untuk cari resepi sup bakso Indonesia dan saya jumpa macam-macam jenis resepi/resep serta bermacam cara nak masak sup bakso . Simple sungguh resepi sup bakso dan langsung tak diguna rempah 3 sekawan ( bunga cengkih+bunga lawang+kayu manis) Agak senang nak masak sup bakso ni dan bahan-bahan yang diguna sikit saja . 

Sup bakso ni selalunya dimakan dengan bihun , mee atau kuihtiow tapi saya makan sup bakso ni dengan suhuun ikut cara hidangan sup bakso di restoran Indonesia kat rumah saya ni . Saya tak buat bakso sendiri tapi saya guna bebola daging jenama Ramly yang sedap padat isi dagingnya . Alhamdulillah secukup rasa sup bakso ni , sedap ikut selera kami sekeluarga . Saya share resepi bakso ni tapi jika ada pembaca yang nak cuba masak sup bakso anda boleh ikut ikut resepi ni atau anda boleh ubah suai untuk ikut selera masing-masing ^_^



BAHAN-BAHAN:

1 peket bebola daging Ramly
500 grm daging lembu batang pinang
4 liter air
6 ulas bawang putih - saiz sederhana
2 sudu besar serbuk lada putih berperisa
secekak campuran daun sup dan daun bawang
sayur kobis secukupnya
bawang goreng
suhuun
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Basuh semua daging batang pinang dan di potong kecil , di ketepikan dulu . Semua bawang putih di kupas kulit dan ditumbuk kasar . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian ditumis semua bawang putih ke dalam periuk . Biar sampai bawang putih menjadi layu dan terbit bau wangi kemudian dimasukkan air ke dalam periuk . Biarkan sampai air mendidih dan dimasukkan semua daging batang pinang yang dipotong kecil tadi ke dalam periuk dan kacau semua bahan . Masukkan serbuk lada sulah berperisa secukup rasa , saya guna 2 sudu besar tapi boleh dikurangkan jumlah lada sulah ni ikut selera sendiri . 

-Anggaran secekak campuran daun sup dan bawang . Daun bawang di basuh bersih dan diambil bahagian daun hijau sampai ke batang putih yang dekat dengan akar , potong akar daun bawang ni , kemudian daun bawang dipotong kecil dan dimasukkan dalam sup Daun sup dibersihkan dan dibuang bahagian akar kemudian dipotong kecil dan dimasukkan dalam sup . Kacau sup dan dimasuk kan garam dan gula secukupnya . 

-Bila daging lembu dah masak empuk , boleh la dimasukkan semua bebola daging dan dikacau semua bahan . Bila bebola daging dah masak boleh dirasa sup dan boleh ditambah bahan sampai sup sedap mengikut citarasa sendiri . Jika kurang kuah boleh ditambah sedikit lagi air . Bila sup bakso ni dah masak boleh la ditutup api dapur . Bihun dan suuhun boleh dicelur sampai lembut kemudian di tos .


Saya guna lada putih berperisa jenama ini untuk sup bakso .


Cara nak hidang sup bakso ni adalah dengan meletakkan bihun atau suhuun secukupnya dalam mangkuk dan diletakkan sayur kobis yang dipotong nipis memanjang atas bihun tadi . Kemudian ditabur bawang goreng dan daun sup/bawang , dimasukkan sup bakso secukupnya dalam mangkuk . Boleh ditambah kicap jenama ABC dan sedikit sos cili atau boleh juga ditambah sambal cili api . Alhamdulillah sedap , insyallah lain kali saya nak buat bakso sendiri ^_^

Sunday 8 February 2015

Masak lemak kuning cendawan busut

Alhamdulillah yum yum sangat sedap cendawan busut ni..


BAHAN-BAHAN :

250 grm cendawan busut
Santan kelapa secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Basuh dengan merendam dulu cendawan ni untuk buang semua kekotoran dan bila dah bersih siat-siat cendawan ni serta ditos ketepi kan dulu .

2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup . Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

3. Masukkan semua cendawan dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur