Pages

Monday 16 February 2015

Sup bakso

Saya google untuk cari resepi sup bakso Indonesia dan saya jumpa macam-macam jenis resepi/resep serta bermacam cara nak masak sup bakso . Simple sungguh resepi sup bakso dan langsung tak diguna rempah 3 sekawan ( bunga cengkih+bunga lawang+kayu manis) Agak senang nak masak sup bakso ni dan bahan-bahan yang diguna sikit saja . 

Sup bakso ni selalunya dimakan dengan bihun , mee atau kuihtiow tapi saya makan sup bakso ni dengan suhuun ikut cara hidangan sup bakso di restoran Indonesia kat rumah saya ni . Saya tak buat bakso sendiri tapi saya guna bebola daging jenama Ramly yang sedap padat isi dagingnya . Alhamdulillah secukup rasa sup bakso ni , sedap ikut selera kami sekeluarga . Saya share resepi bakso ni tapi jika ada pembaca yang nak cuba masak sup bakso anda boleh ikut ikut resepi ni atau anda boleh ubah suai untuk ikut selera masing-masing ^_^



BAHAN-BAHAN:

1 peket bebola daging Ramly
500 grm daging lembu batang pinang
4 liter air
6 ulas bawang putih - saiz sederhana
2 sudu besar serbuk lada putih berperisa
secekak campuran daun sup dan daun bawang
sayur kobis secukupnya
bawang goreng
suhuun
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Basuh semua daging batang pinang dan di potong kecil , di ketepikan dulu . Semua bawang putih di kupas kulit dan ditumbuk kasar . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian ditumis semua bawang putih ke dalam periuk . Biar sampai bawang putih menjadi layu dan terbit bau wangi kemudian dimasukkan air ke dalam periuk . Biarkan sampai air mendidih dan dimasukkan semua daging batang pinang yang dipotong kecil tadi ke dalam periuk dan kacau semua bahan . Masukkan serbuk lada sulah berperisa secukup rasa , saya guna 2 sudu besar tapi boleh dikurangkan jumlah lada sulah ni ikut selera sendiri . 

-Anggaran secekak campuran daun sup dan bawang . Daun bawang di basuh bersih dan diambil bahagian daun hijau sampai ke batang putih yang dekat dengan akar , potong akar daun bawang ni , kemudian daun bawang dipotong kecil dan dimasukkan dalam sup Daun sup dibersihkan dan dibuang bahagian akar kemudian dipotong kecil dan dimasukkan dalam sup . Kacau sup dan dimasuk kan garam dan gula secukupnya . 

-Bila daging lembu dah masak empuk , boleh la dimasukkan semua bebola daging dan dikacau semua bahan . Bila bebola daging dah masak boleh dirasa sup dan boleh ditambah bahan sampai sup sedap mengikut citarasa sendiri . Jika kurang kuah boleh ditambah sedikit lagi air . Bila sup bakso ni dah masak boleh la ditutup api dapur . Bihun dan suuhun boleh dicelur sampai lembut kemudian di tos .


Saya guna lada putih berperisa jenama ini untuk sup bakso .


Cara nak hidang sup bakso ni adalah dengan meletakkan bihun atau suhuun secukupnya dalam mangkuk dan diletakkan sayur kobis yang dipotong nipis memanjang atas bihun tadi . Kemudian ditabur bawang goreng dan daun sup/bawang , dimasukkan sup bakso secukupnya dalam mangkuk . Boleh ditambah kicap jenama ABC dan sedikit sos cili atau boleh juga ditambah sambal cili api . Alhamdulillah sedap , insyallah lain kali saya nak buat bakso sendiri ^_^

No comments:

Post a Comment