Pages

Saturday 14 March 2015

Nasi arab

 Alhamdulillah , secukup rasa .


BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
6 cawan air rebusan ayam
5 sudu besar minyak sapi
kismis secukupnya
garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN UTK AIR REBUSAN AYAM :

3 liter air
1/2 ekor ayam di potong jadi 8 bahagian
4 helai daun bay
1/2 sudu kecil biji lada hitam
1/2 sudu kecil buah pelaga

CARA MASAK STOK AYAM :

Masukkan semua bahan dalam periuk dan biarkan sampai sup/air rebusan mendidih dan ayam masak kemudian biarkan stok ayam ni sejuk .

BAHAN TUMISAN :

1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar rempah nasi arab

CARA MEMASAK :


Kupas semua bawang dan halia serta dikisar halus . Basuh beras kemudian di rendam selama 30 minit lepas dah rendam beras di tos dan ke tepi kan dulu . Kupas kulit semua bawang dan halia kemudian di tumbuk kasar dan ketepikan dulu .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian masukkan semua bawang dan halia yg ditumbuk . Kacau semua bahan sampai bahan tumisan menjadi wangi . Masukkan pula semua rempah nasi arab yang dicampur sedikit air dan kacau semua bahan kemudian biarkan rempah masak sehingga pecah minyak .


Masukkan semua beras basmathi bersama kismis dan dikacau rata semua bahan kemudian boleh la di masukkan semua air rebusan ayam , kacau semua bahan dan dimasukkan garam secukup rasa . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi eletrik untuk proses masak seterusnya , sama macam kita masak nasi biasa guna periuk nasi eletrik serta kacau semua bahan-bahan bagi cukup mesra . 

Bila nasi dah masak dan jangan ditutup suis periuk lagi biarkan dalam 15 minit supaya nasi terus masak . Bila nasi dah sejuk baru la digaul rata dan boleh dihidangkan nasi arab ni bersama lauk-pauk lain .

Rempah nasi arab 


Nasi arab yang dimakan dengan dalca daging , ayam goreng berempah , salad dan saltah . Syukur alhamdulillah .

No comments:

Post a Comment