Pages

Monday 16 March 2015

Saltah

Saltah ni macam sambal atau sos yang dimakan dgn salad , selalunya saltah ni ada dalam set menu nasi arab . Rasa saltah ni masam manis dan sedikit pedas bergantung banyak mana kita guna cili merah . Saya suka guna banyak daun ketumbar sebab bau saltah ni jadi harum (ikut selera saya tapi ada orang tak suka bau daun ketumbar ni ) . Nak bagi balance rasa lemak nasi arab mesti la ada saltah ni . 



BAHAN-BAHAN :

2 biji buah tomato*
1/4 bawang bombay*
1 biji cili merah
sedikit daun ketumbar*
garam dan gula secukup rasa
sedikit air perahan limau nipis
cuka secukup rasa

Jika tak suka pedas , buang biji cili merah . Kalau suka pedas boleh ditambah cili api .

CARA BUAT SALTAH :


Bersihkan buah tomato dan cili kemudian semua dipotong kecil , masukkan semua bahan bertanda * ke dalam blender dan dikisar . Masukkan saltah ke dalam mangkuk kemudian ditambah garam/gula/perahan limau nipis/cuka secukup rasa . Kita boleh tambah atau kurang bahan-bahan bergantung kepada citarasa sendiri . 


Saltah yang dihidangkan bersama nasi arab , ayam goreng berempah , dalca daging dan salad . Alhamdulillah jemput makan....

4 comments:

  1. sy pon penah buat jgk la saltah nie time buat nasi arab tp rasa dia macam xsama aje mcm kt kedai..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke mizz erma , maybe boleh cuba resepi lain cuba goggle cari resepi dari blog asli org arab

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian..baru tahu nama sambal ni saltah .:)

    ReplyDelete