Pages

Sunday 10 May 2015

Masak lemak cili api siput sedut

Dah lama tak makan siput sedut , pagi-pagi pergi pasar tengok ada dijual siput sedut hidup . Saya beli sepeket . Masa di pasar lagi saya memang dah rancang nak masak lemak cili api siput sedut campur pucuk paku so sampai je rumah terus operasi pembersihan di buat dan sejam lepas tu siap la amsak lemak cili api siput sedut ni , syukur alhamdulillah secukup rasa ikut selera kami sekeluarga ^_^


BAHAN-BAHAN :
1 peket siput sedut
2 ikat pucuk paku
5 cawan santan - boleh tambah atau kurang
1 keping asam keping
2 batang serai saiz besar - dititik
Garam secukup rasa


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

20 biji cili api
3 cm kunyit hidup
sedikit garam kasar

CARA MEMASAK :

- Bersihkan siput sedut dan dipotong hujung siput , besrsih lagi dah tos kemudian ketepikan siput sedut ni . Bersihkan pucuk paku dan ambil daun pucuk muda , basuh di tos dan ketepikan dulu .
Serai dititik kemudian tumbuh semua cili api , garam dan kunyit hidup.
- Masukkan semua santan dalam periuk bersama bahan ditumbuk lumat , serai dan asam keping . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah mendidih dan boleh dimasukkan semua siput sedut dan dikacau serta bair sampais siput masak . Kacau semua bahan dan boleh dirasa kuah jika kurang masin boleh ditambah garam . Kacau kuah supaya tidak pecah minyak , masukkan semua sayur pucuk paku dan digaul sebati dengan kuah , bila sayur pucuk paku dah masak boleh la di tutup api dapur .

No comments:

Post a Comment