Pages

Friday 12 June 2015

Salad ubi kentang chat

Salad ubi kentang chat ni sangat sedap sebab ubi kentang jenis ni isinya lembut , rasanya manis , banyak kanji dan berlemak . Bila nak buat salad ubi kentang saya akan guna ubi kentang jenis Yukon yg berwarna kekuningan dan ubi kentang Chat ni . Senang nak buat salad ni sebab bahan yang digunakan tak banyak . Selalunya bila saya masak ayam grill atau steak daging , saya mesti gandingkan dengan salad ubi kentang dan mix salad supaya hidangan seimbang ada protein , kabohidrat dan fiber . Alhamdulillah sedap salad ubi kentang ni yumyum..


BAHAN-BAHAN :

800 grm ubi kentang jenis Chat - direbus dan dipotong dadu sederhana besar.
1 biji bawang besar - diracik kecil
1/2 biji cili capsicum warna merah
1/2 biji cili capsicum kuning
sedikit daun bawang - diracing kecil

DRESSING SALAD :

5 sudu besar minyak buah zaitun/olive oil - blh ditambah atau kurangkan
jus lemon secukupnya
Garam/gula/black pepper - secukup rasa

* Semua bahan ini di campur dalam bekas bertutup dan digoncang sampai sebati .

CARA PENYEDIAAN SALAD:

- Bersihkan ubi kentang dan dipotong kecil tak perlu kupas kulit , kemudian masak air dalam periuk sampai mendidih dan boleh dimasuk semua ubi kentang tadi dan sedikit garam . Masak ubi kentang sampai empuk , angkat dan di tos. Bersihkan semua bawang besar. cili capsicum dan dipotong kecil .

- Masukan semua ubi kentang , daun bawang , cili capsicum dan bawang besar dalam bekas yang sesuai . Tuangkan dressing ke dalam mangkuk ini dan gaul semua bahan supaya menjadi rata . Boleh ditambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Alhamdulillah ayam panggang dgn salad ubi kentang dan mix salad .

No comments:

Post a Comment