Pages

Thursday 18 June 2015

Sambal sardin

Macam-macam cara untuk masak sambal sardin tin , ikut selera kita sendiri . Bila tumis sardin tin saya suka tambah cili kisar , sedikit belacan dan sedikit air asam jawa. Kadang-kadang saya tambah sedikit cili sos dan tomato sos atau saya tambah buah tomato masak ranum yang diracik kecil . Kali ni saya gantikan cili kisar dengan cili merah yang saya potong nipis/kecil dan saya buang sedikit biji cili supaya sambal ni tak terlalu pedas sebab anak-anak saya pun suka makan sambal ikan sardin ni .
Selalunya bila masak sambal sardin saya mesti buat /masak telur dadar dan goreng sedikit ikan masin . Kombinasi lauk yang simple tapi memang sangat sedap bila dimakan dengan nasi ,syukur alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :-

1 tin ikan sardin saiz paling besar
1 biji bawang besar - dipotong kecil-kecil membulat
5 biji cili merah - boleh tambah
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 inci belacan

CARA MEMASAK :-

- Cili merah dipotong nipis/kecil , dibasuh serta ditos , boleh buang sedikit biji cili merah ni . Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili merah serta belacan . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar dan dikacau sekali sekala semua bahan , biarkan bawang besar layu .  Masukkan semua sardin dalam tin bersama sos nya dan dikacau rata semua bahan . Rasa sambal jika kurang masam baru ditambah sedikit air asam jawa . Selalunya saya akan masukkan sedikit gula dalam sambal ni untuk bagi seimbang rasa masam , pedas dan manis . Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

No comments:

Post a Comment